nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sesak: Rumah kongsi, depoh tahanan punca penularan

9 NOV: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, hari ini, memberikan perhatian kepada kes penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin (PATI) di tempat tinggal atau depoh tahanan sementara yang semakin meningkat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau juga mengambil maklum antara punca jangkitan atau penularan dalam kalangan mereka adalah disebabkan oleh kesesakan di dalam tempatan tinggal atau rumah kongsi serta depoh tahanan sementara.

“Saya difahamkan sesetengah rumah kongsi didiami sehingga 40 orang dan keadaan ini menjadi punca COVID-19 menular dan berjangkit dengan cepat.

“Keadaan yang sama turut berlaku di pusat-pusat tahanan terutama di Sabah yang terpaksa menampung jumlah kemasukan PATI yang sangat ramai,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata beliau juga berpandangan Kementerian Sumber Manusia perlu memaklumkan majikan terbabit dan menekankan tentang pentingnya penjagaan status kesihatan pekerja masing-masing selain pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Berhubung kos ujian swab bagi pekerja asing yang perlu ditanggung majikan, saya telah mengarahkan supaya perkara ini segera dibincangkan dengan terperinci dan dibentangkan oleh agensi-agensi terlibat pada sidang MKN akan datang.

“Saya turut membangkitkan persoalan mengenai SOP berhubung jumlah penumpang yang dibenarkan berada di dalam kenderaan pada satu-satu masa. Saya berpandangan jumlahnya tidak boleh berbeza-beza, perlu ada satu ketetapan yang selaras antara jumlah di dalam kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.