nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Denda cemar sumber air Selangor naik RM1 juta

9 NOV: Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) (Pindaan) 2020 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menetapkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta kepada pihak didapati bersalah mencemar sumber air di negeri itu.

Selain itu, pindaan RUU berkenaan juga menyaksikan hukuman penjara dijadikan hukuman mandatori bakal menanti pesalah selain mereka juga dikehendaki membayar kos membersihkan kesan pencemaran kepada LUAS.

Pindaan RUU itu diluluskan secara sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam sidang DUN Selangor yang mengambil bahagian membahaskan usul berkenaan.

Cadangan pindaan RUU itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat lalu untuk menambah baik peruntukan sedia ada termasuk meningkatkan tindakan perundangan dan penguatkuasaan.

Amirudin ketika menggulung perbahasan usul berkata, RUU itu untuk memastikan segala usaha dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi mengelakkan masalah pencemaran sungai seterusnya memelihara sumber bekalan air negeri itu.

“Daripada apa yang saya lihat, Ahli-ahli Yang Berhormat secara sepakat memberikan sokongan penuh, malah menunggu-nunggu pindaan Enakmen LUAS 1999 ini untuk dilaksanakan.

“Bagi meminda enakmen ini, ia harus dilihat bersama Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya kita dapat memahami secara menyeluruh dan tidak melepasi batas undang-undang sedia ada,” katanya.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua berkata, Enakmen LUAS 1999 yang diwartakan pada 20 Mei 1999 tidak pernah dipinda sejak dikuatkuasakan lebih 20 tahun lalu.

Antara pindaan lain pada RUU itu ialah menambah baik prosedur arahan kepada individu atau pihak berkuasa awam supaya mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang terjejas.

Ia termasuk memberi kuasa kepada pengarah atau pangkat pegawai polis tidak rendah daripada inspektor untuk menyita tanpa waran harta benda pihak disabitkan pencemaran sumber air.

Pindaan itu turut memberi kuasa kepada mahkamah memerintahkan harta benda yang disita, dilucutkan hak walaupun tiada pertuduhan dan sekiranya mahu dituntut semula, ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

Menerusi pindaan itu, LUAS diberi kuasa menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat pencemaran sumber air serta LUAS boleh mengenakan caj lebihan pengambilan air bagi mengawal pembaziran sumber air.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.