nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Piknik hari jadi YB Rara, polis belum terima laporan

10 NOV: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran gambar perkelahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan akan dimulakan selepas menerima laporan polis berhubung perkara itu.

“Kami masih menunggu laporan dibuat oleh mana-mana pihak dan selepas itu barulah siasatan boleh diadakan,” katanya ketika dihubungi pemberita dan diminta mengulas kesediaan Young Syefura yang bersedia disiasat jika tindakannya melanggar SOP PKPB
.
Terdahulu, gambar perkelahan ADUN DAP sempena hari lahir itu tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi selepas ia dimuat naik ke Instagram, memaparkan dirinya dan empat yang lain berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang, Sepang.

Bagaimanapun, gambar itu kemudian dipadamkan selepas ia tular di media sosial dan menerima desakan sebilangan netizen supaya Young Syefura untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Malah, Young Syefura dalam reaksinya kemudian memohon maaf dan sedia disiasat. Pemimpin DAP itu menjelaskan yang beliau berkhidmat sebagai ADUN di Pahang tetapi bermastautin di Selangor.

Pelaksanaan PKPB di Selangor, bermula pada 14 Oktober lalu, melarang pergerakan antara negeri dan daerah kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

Turut dilarang aktiviti berkelah berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara selain aktiviti pelancongan membabitkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.