nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong, PM ucap takziah pada keluarga Tan Sri Zaleha

15 NOV: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Zaleha Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi selepas mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga bekas Menteri Kabinet itu sabar dan tabah menghadapi suasana pilu ini.

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Maimunah juga amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti serta jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin,” titah Seri Paduka dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara sebentar tadi.

Allahyarham antaranya pernah menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 serta Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun yang sama.

Selain itu, Allahyarham pernah dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO pada tahun 1976 sehingga 1980 dan Ketua Wanita UMNO Kuala Lumpur pada tahun 1977 sehingga 1978.

Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak pada jam 11.15 pagi hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarganya turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Zaleha.

Muhyiddin berkata, pihak kerajaan Malaysia juga menzahirkan penghargaan atas sumbangan besar Allahyarhamah dalam memperjuangkan hal berkaitan perpaduan dan pembangunan masyarakat sepanjang bergelar menteri Kabinet dari 1995 hingga 1999.

“Secara peribadi, beliau saya kenali sebagai antara menteri wanita yang komited dalam menjalankan amanah dan disenangi ramai atas sikapnya yang mudah mesra dan peramah.

“Allahyarham yang pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga memainkan peranan besar dalam perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di tanah air.

“Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Sebelum ini media melaporkan Zaleha Ismail meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Allahyarham yang berusia 84 tahun meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, setelah mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.