nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kesedaran daftar SSM BizTrust masih rendah

16 NOV: Hanya 4,181 perniagaan yang terlibat dalam e-dagang di negara ini mendaftar di bawah SSM BizTrust melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah itu menunjukkan tahap kesedaran usahawan e-dagang dan dalam talian terhadap inisiatif tersebut masih rendah.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan pada 2017, sebanyak 373,213 transaksi jual beli direkodkan melalui SSM BizTrust.

“SSM BizTrust membolehkan pembeli melihat entiti perniagaan dalam talian melalui SSM yang memperakukan bahawa entiti perniagaan itu mematuhi ciri-ciri prinsip dan kriteria ditetapkan, termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan urus niaga dalam talian dan perlindungan maklumat pengguna.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyeru lebih ramai peniaga untuk berbuat demikian kerana SSM BizTrust akan meningkatkan lagi kepercayaan pembeli kepada produk dan perkhidmatan yang peniaga tawarkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sebuah ladang penternakan ayam di Kuala Berang, Terengganu, hari ini.

Rosol menambah, pendaftaran untuk SSM BizTrust adalah percuma hingga 30 Disember ini.

Beliau memberitahu, kementerian mendapati perniagaan dalam talian meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Rosol menyatakan, berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan, transaksi dalam talian pada Mei tahun ini meningkat sebanyak 39.3 peratus, berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Berdasarkan pertumbuhan sektor perniagaan di platform e-dagang dan dalam talian ini, kementerian juga sedia maklum mengenai kepentingan melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipuan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

“Sehingga September lalu, kementerian telah menerima 9,116 aduan membabitkan perniagaan dalam talian antaranya kesalahan tidak menerima barangan, perkhidmatan tidak seperti ditawarkan, kes tuntutan semula pembayaran dan iklan mengelirukan,” katanya.

Jelasnya, kementerian telah mengambil tindakan ke atas 15 syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang sepanjang 2019 hingga September lepas di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.