nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berani beri kerjasama, terima Kasih KP Imigresen -SPRM

18 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghargai kerjasama yang diberikan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam membongkar sindiket yang berlaku di jabatannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata bukan mudah mendapat kerjasama daripada ketua jabatan seumpama itu terutamanya bagi SPRM merungkai permasalahan rasuah dalam jabatan terbabit.

“Iltizam beliau ini amat dipuji. SPRM memang mengalu-alukan sebarang kerjasama risikan dan siasatan seperti ini dengan mana-mana agensi kerajaan dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di dalam negara ini.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara Malaysia adalah antara agensi yang menjadi rakan strategik SPRM dalam melaksanakan beberapa siasatan dan risikan sebelum ini.

“Dengan pihak Imigresen ini bukan kali pertama dan akan ada lagi kes berbentuk sindiket jenayah akan dibongkar dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan SPRM berjaya membongkar sindiket pemalsuan cop keluar masuk warga asing melalui pintu masuk utama negara.

Pihak SPRM dan Imigresen mengambil masa beberapa bulan untuk menjalankan risikan dan siasatan bagi mengesan pegawai dan anggota daripada jabatan itu yang terbabit dengan kegiatan berkenaan.

Sehingga kini, seramai 27 pegawai Imigresen direman kerana disyaki terbabit dengan sindiket salah guna cop keluar masuk sempadan negara.

Kesemua pegawai Imigresen yang ditahan itu berusia 21 hingga 46 tahun dan berkhidmat di Ibu Pejabat Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); KLIA2; Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru selain di Shah Alam, Selangor; Sabah dan Sarawak.

Turut ditahan, orang awam yang dijadikan sebagai orang tengah atau ejen dalam operasi haram itu.

Penahanan itu menurut Khairul Dzaimee, adalah hasil perkongsian maklumat Imigresen dan SPRM yang diperolehi daripada aduan orang ramai.

Menurutnya, Imigresen akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan yang akan dilaksanakan secara penuh profesional.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan pegawai dan kakitangan yang menyalah gunakan kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta dan Peraturan Imigresen bagi tujuan kepentingan peribadi.

“Mereka yang terbabit perlu bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akhirnya akan dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah,” katanya semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.