nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,096 kes baru, lebih separuh di Selangor

22 NOV: Selangor mencatatkan kes baru COVID-19 tertinggi dengan 603 kes, hampir 100 peratus lebih tinggi berbanding Sabah yang mencatatkan 311 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 1,096 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Menurut beliau, kes positif baharu yang dicatatkan di Selangor dan Sabah adalah 83 peratus daripada angka keseluruhan penularan harian COVID-19.

Katanya, dengan pertambahan hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 54,775 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,843 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,090 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

“Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tambah Noor Hisham, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dengan kesemuanya dilaporkan di negeri Sabah.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 335 kes.

“Kes-kes kematian hari ini melibatkan pesakit warga emas yang mempunyai latar belakang beberapa penyakit antaranya strok dan darah tinggi.

“Dua kes dilaporkan melibatkan pesakit di Hospital Sandakan manakala satu lagi di Hospital Tawau,” ujarnya.

Sementera itu, kata beliau, pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 502 kes.

“Negeri Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat iaitu sebanyak 139 kes.

“Sebanyak 72 kes yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (42), Kluster Bakti (16), Kluster Rumah Merah (4), Kluster Penjara Sandakan (4), Kluster Penjara Seberang Perai (2), Kluster Penjara Reman (2), Kluster Penjara Kepayan (1) dan Kluster Matambai, satu kes,” jelasnya.

Turut melaporkan kes hari ini Perak dengan 55 kes, Kuala Lumpur (30), Negeri Sembilan (29), Kedah (16), Pulau Pinang (15), Labuan (13), Johor (9), Kelantan (8), Melaka (5), Putrajaya (1) dan Perlis, satu.

Tidak melaporkan kes hari ini ialah Sarawak, Pahang dan Terengganu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,104 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 41,597 kes (75.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.