nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kanak-kanak mungkin tak dapat vaksin COVID-19

25 NOV: Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dijangka tidak tersenarai sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 yang bakal diberikan secara percuma kepada 70 peratus rakyat Malaysia, tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana tiada satu pun vaksin COVID-19 sedang dibangunkan oleh pelbagai syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.

“Jadi mereka mungkin akan termasuk ke dalam 30 peratus rakyat Malaysia yang dijangka tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 pada tahun depan.

“Justeru, kita akan memberikan lebih tumpuan kepada golongan dewasa bagi mencapai tahap imuniti kelompok yang saya maksudkan tadi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, beliau menjelaskan kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran imunisasi kebangsaan bagi tujuan imuniti kelompok bagi penyakit COVID-19 adalah sehingga 70 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia.

Khairy berkata, berdasarkan kepada sasaran, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menjalankan simulasi anggaran peruntukan yang diperlukan dengan mengambil kira jangka harga purata vaskin sedang dibangunkan serta serta peratusan perolehan wajar bagi setiap satu jenis vaksin daripada pelbagai syarikat farmaseutikal.

“Menerusi simulasi ini, anggaran jumlah yang diperlukan bagi memenuhi sasaran 70 peratus populasi negara yang menerima vaksin COVID-19 adalah sekitar RM3 bilion.

“Walaupun begitu, jumlah RM3 bilion ini masih lagi tertakluk kepada perubahan memandangkan harga akhir vaksin yang akan diperolehi kelak masih di peringkat rundingan dan perbincangan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy juga menjelaskan, pada masa ini Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk pembuatan vaksin bagi kegunaan kesihatan manusia.

“Menyedari keadaan semasa memerlukan suatu tindakan proaktif, Mesyuarat Majlis Sains Negara baru-baru ini telah bersetuju agar suatu Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibangunkan dengan objektif menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Roadmap ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2021.

“Selain daripada pembangunan roadmap ini, MOSTI juga telah menawarkan skim dana baharu iaitu MOSTI Combating COVID-19 Fund yang menggalakkan projek R&D dan C&I dalam memerangi dan mengawal wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata MOSTI telah meluluskan satu projek menerusi tabung ini yang berjumlah RM2.1 juta kepada Universiti Malaya (UM) bagi pembangunan vaksin COVID-19.

“MOSTI berharap inisiatif MCCOF ini menjadi satu platform bagi penciptaan vaksin tempatan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bekalan vaksin dari luar negara.

“Selain itu, kerajaan juga turut memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran menerusi rundingan yang sedang dibuat bagi tujuan perolehan vaksin daripada negara atau syarikat farmaseutikal luar negara.

“Sebagai contoh, perjanjian kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China yang ditandatangani pada minggu lepas turut bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin pada masa hadapan.

“Begitu juga perbincangan awal saya dengan pihak Rusia, tidak terhad kepada kemungkinan pembelian vaksin Sputnik tetapi juga pemindahan kepakaran membangunkan vaksin COVID-19 dan untuk virus lain di Malaysia,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.