nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UJSB rugi, pindah aset TH bukan nilai saksama

25 NOV: Biarpun Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) sudah mengambil alih aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM19.9 bilion namun Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencatatkan kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 4 Disember 2018 sehingga 31 Disember 2019.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, secara keseluruhannya UJSB mencatatkan pendapatan sebanyak RM234 juta bagi tempoh kewangan berakhir 4 Disember 2018 sehingga 31 Disember 2019 yang diperoleh daripada hasil dividen dan sewaan aset milik syarikat.

“Jumlah pendapatan yang kecil ini tidak dapat menampung kerugian operasi yang disumbangkan antaranya melalui perekodan kerugian nilai saksama ke atas instrumen ekuiti sebanyak RM7.57 bilion dan kerugian rosot nilai sebanyak RM1.77 bilion, sehingga menyebabkan UJSB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM9.95 bilion.

MOHD SHAHAR ABDULLAH
MOHD SHAHAR ABDULLAH

“Jumlah nilai saksama aset UJSB pula adalah sebanyak RM10.33 bilion, berbanding jumlah liabiliti sebanyak RM20.29 bilion. Keadaan ini sememangnya telah dijangka memandangkan aset-aset TH yang dipindahkan kepada UJSB dibuat bukan pada nilai saksama (RM9.7 bilion).

“Sebaliknya pada nilai buku dengan premium (RM19.9 bilion), menjadikan jurang lebihan liabiliti berbanding aset yang terpaksa ditanggung oleh UJSB berjumlah kira-kira RM10.2 bilion,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah prestasi kewangan semasa Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang telah mengambil alih aset bernilai RM19.9 bilion milik TH serta berapa jumlah yang telah dibayar kepada TH setakat tahun ini.

Bagaimanapun, Mohd Shahar berkata penyata kewangan UJSB telah disediakan berlandaskan ‘going concern basis’ memandangkan syarikat telah menerima Surat Sokongan Kewangan (Financial Support Letter) bertarikh 27 Mei 2019 daripada MKD.

“Menjelang akhir tahun 2020, UJSB akan membayar sebanyak RM500 juta kepada TH di mana RM300 juta adalah bagi penyelesaian tunai manakala RM200 juta lagi adalah penebusan awal sukuk,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar juga memberi jaminan akan menyampaikan desakan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) yang mendesak kerajaan, Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan supaya mengkaji semula cadangan penjualan tanah milik TH Plantation Bhd (THP) di Sarawak yang dikatakan di bawah nilai sebenar kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dibuat di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH). – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.