nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UJSB syarikat sakit, mampukah selamatkan TH?

27 NOV: Kerugian bersih RM9.95 bilion yang dialami Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) bagi tempoh kewangan 14 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019 mencetuskan kebimbangan tentang keupayaan syarikat tersebut untuk menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada lewat 2018 untuk memulihkan TH itu sendiri seolah-olah kecundang dalam usaha menyelamatkan TH.

Menurut beliau, berdasarkan rancangan asal, UJSB perlu membeli aset lemah TH dengan mandat untuk meningkatkan nilai aset tersebut selama 10 tahun dan setakat sekarang, UJSB harus membayar sebanyak RM27.56 bilion kepada TH bagi baki tempoh sembilan tahun.

mohamad hasan
MOHAMAD HASAN

“Namun, kerugian UJSB menimbulkan tanda tanya tentang kemampuan syarikat itu untuk membayar hutang TH. Apatah lagi peranan dan kecekapan UJSB dalam memulihkan situasi kewangan TH telah lama dipersoalkan.

“UJSB membeli aset lemah TH dengan nilai RM19.9 bilion, sedangkan nilai pasaran aset tersebut sepatutnya RM9.7 bilion sahaja. Alasan pembelian ini dinyatakan untuk menstabilkan kewangan TH pada akhir 2018.

“Tetapi, jika benar kerajaan PH ingin membantu TH, mengapa ia tidak memberikan suntikan terus kepada TH untuk memperbaiki aset lemah ini, dan bukannya menggunakan UJSB sebagai mekanisme untuk mengambil alih aset tersebut?” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini.

Kerugian besar yang dialami UJSB itu didedahkan Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dalam sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Tambahan pula, Mohamad memberitahu, sebanyak RM19.6 bilion daripada nilai pembelian aset TH adalah daripada sukuk dan itu bermakna TH tidak menerima apa-apa wang tunai, melainkan yang berbentuk perjanjian surat hutang dengan UJSB yang sepatutnya dibayar dalam tempoh tertentu.

Beliau memberitahu, keadaan itu menjadikan TH menanggung risiko yang besar jika UJSB gagal menyelesaikan bayaran terjadual tersebut.

“Sejak mengambil alih aset TH, UJSB telah menjual saham-saham aset TH dengan tujuan melabur dalam saham yang lebih berpotensi.

“Oleh kerana penjualan saham tersebut dilakukan ketika pasaran lemah, strategi UJSB ini akan sukar untuk mengembalikan nilai pulangan terbaik kepada TH. Ini bermakna, kedudukan kewangan TH dijangka tidak akan mengukuh untuk tahun ini,” jelasnya.

Mohamad seterusnya membangkitkan persoalan sama ada UJSB perlu terus diberi kepercayaan untuk menyelamatkan TH, lebih-lebih lagi apabila peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif UJSB pada pertengahan tahun ini menggoyahkan lagi keyakinan terhadap syarikat tersebut.

“Saya menyeru kerajaan melihat semula kemampuan UJSB memenuhi mandatnya. Jika perlu penstrukturan semula dilakukan untuk meningkatkan kecekapannya dalam mengendalikan aset TH, maka ia mesti segera dilakukan.

“Saya juga menyeru UJSB terus telus dalam segala keputusan pelaburan dan perniagaan berkaitan harta TH dan dana kerajaan. TH adalah institusi terpenting umat Islam dan ia tidak boleh dibiarkan terus melemah dan gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerugian bersih yang dialami oleh UJSB membuktikan Pelan Pemulihan TH yang dianjurkan oleh kerajaan PH adalah gagal.

Beliau turut menyifatkan pelan pemulihan itu hanya bersifat kosmetik semata-mata bagi menutup kelemahan dasar ekonomi mereka yang menyebabkan aset-aset TH bernilai RM9.63 bilion terjejas teruk dan sekali gus dijual kepada UJSB dengan penerbitan sukuk berjumlah RM19.9 bilion pada April 2019.

“Ketua Audit Negara turut meragui keupayaan UJSB untuk mencapai sasaran tanpa bantuan kerajaan Persekutuan.

“Lebih membimbangkan apabila ‘jaminan berbentuk komitmen’ yang sering diuar-uarkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hakikatnya bukanlah Jaminan Kerajaan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965,” ujarnya.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berharap kerajaan menubuhkan segera suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu-isu berkaitan TH dan pada masa yang sama, menghentikan penjualan aset-aset termasuk ladang kelapa sawit milik TH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.