nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5,422 PPS tampung 1.55 juta mangsa banjir

1 DIS: Kerajaan menyediakan sebanyak 5,422 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara bagi menampung sehingga 1.55 juta orang sebagai persediaan menghadapi banjir semasa musim tengkujuh tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, setiap PPS boleh memuatkan sehingga 200 mangsa banjir dalam satu-satu masa.

Beliau menambah, sebanyak 15,000 unit khemah kubikel juga telah dihantar untuk kegunaan mangsa bencana banjir di pusat pemindahan manakala 26,000 unit lagi akan dihantar kemudian secara berperingkat.

“Dalam memastikan penularan wabak terus dapat dikekang semasa Monsun Timur Laut 2020/2021, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menyelaraskan perolehan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

MOHD REDZUAN MD YUSOF

Mohd Redzuan menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Kemaman, Che Alias Hamid tentang tahap kesiapsiagaan NADMA dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 agar wabak itu tidak menular di PPS.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, melalui saranan NADMA, syarikat-syarikat telekomunikasi telah membangunkan sistem hebahan amaran awal bencana kepada rakyat secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta penyebaran sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang akan dilaksanakan antara bulan November hingga Mac setiap tahun.

Mohd Redzuan menjelaskan, amaran awal akan diberi kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku banjir bagi membolehkan mereka mengambil tindakan awal untuk berjaga-jaga atau berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Sebaran amaran awal hanya kepada penduduk di lokasi yang diramal berlaku banjir berdasarkan ramalan daripada agensi peneraju iaitu Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir,” ujarnya.

Beliau berkata, para petugas di PPS juga telah dipersiapkan dengan SOP bagi menangani penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.