nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Macau Scam: Alvin, Addy Kana kena tahan dua tahun

1 DIS: Suspek utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin Goh serta dua anggota polis dikenakan perintah tahanan selama dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua mereka akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor; PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.

“Perintah berkenaan dikeluarkan pada 25 dan 26 November sebelum kesemua mereka dihadapkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (Kementerian Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, polis turut menahan seorang suspek lelaki warga China dikenali sebagai Chen De Wei, 31, dipercayai mengetuai sindiket Macau Scam di negara ini dalam operasi khas di Mont Kiara di sini, pada 15 hingga 20 Oktober lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

De Wei merupakan dalang utama yang menghubungkan sindiket Malaysia dan China dan antara 130 individu yang ditahan polis dalam operasi khas pada 15 hingga 20 Oktober lalu.

Huzir berkata, De Wei kini bersama enam yang lain iaitu lima warga China dan seorang warga tempatan masih dalam tahanan mengikut Seksyen 4(2)(a).

“Mereka akan dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) 8 Januari depan selepas tamat reman selama 38 hari.

“Susulan tangkapan sindiket berkenaan, polis menerusi Ops Dadu Centre melakukan beberapa serbuan dan menahan 130 individu, 87 daripadanya dikenakan reman mengikut Seksyen 4(2)(a) iaitu selama 38 hari.

“Seramai 19 lagi individu kini masih dalam siasatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan 13 lagi dibebaskan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.