nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

482 langgar arahan PKP, ramai kunjung pusat hiburan

3 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 482 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 438 individu telah dikompaun manakala 40 individu direman dan empat orang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (137), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), tidak memakai pelitup muka (69), rentas daerah/negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (26), dan lain-lain (21),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

Berhubung Op Benteng, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI), 10 tekong serta merampas tiga kenderaan darat dan sebuah bot.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 12,177 operasi sanitasi awam merangkumi 137 zon dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu.

Menurut beliau, sebanyak 14,260 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,877 pusat perniagaan, 1,670 kawasan perumahan termasuk projek perumahan rakyat (PPR), 2,802 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,554 bangunan kerajaan.

“Semalam, sebanyak 55 operasi sanitasi meliputi 15 Zon Merah, 6 Zon Jingga, 14 Zon Kuning dan 3 Zon Hijau yang melibatkan 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan iaitu Sabah (11 operasi), Melaka (10 operasi), Perak (6 operasi), Kelantan (6 operasi), Kedah (4 operasi), Johor (4 operasi), Selangor (3 operasi), Pahang (3 operasi) Negeri Sembilan (3 operasi), Pulau Pinang (2 operasi), Sarawak (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1 operasi),” jelasnya.

Ismail Sabri menambah, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 80,748 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 78 hotel dan 17 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 11,862 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 502 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 68,384 individu telah dibenarkan pulang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 20 April hingga semalam, sebanyak 13,736 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 7,917 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam, anggota penguatkuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 35 tapak binaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 33 tapak pembinaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, manakala dua tapak tidak patuh dan telah diberi amaran,” ujarnya.

Ismail Sabri memberitahu, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 692 premis perniagaan semalam termasuk peruncit (490), pemborong (169) dan pengilang (33).

Beliau menjelaskan, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 645 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati kesemua premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.