nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sebelas lagi kematian akibat COVID-19, 1,057 kes baru

3 DIS: Kes baharu COVID-19 kembali meningkat kepada empat angka hari ini apabila 1,075 kes dilaporkan sejajar dengan peningkatan kes di Selangor.

Hari ini juga menyaksikan pelaporan kes kematian kedua tertinggi dengan 11 kes yang mana tertinggi adalah 12 kematian pada bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri-negeri di Lembah Klang keseluruhannya melaporkan jumlah kes harian sebanyak 508 kes atau bersamaan 47.3 peratus.

Daripada jumlah ini, katanya, negeri Selangor melaporkan sebanyak 459 kes manakala negeri Sabah mencatatkan kes baru kedua tertinggi iaitu sebanyak 310 kes.

Ujar beliau, ketiga tertinggi hari ini ialah Johor dengan sebanyak 78 kes diikuti Negeri Sembilan, 52, Kuala Lumpur (49), Pulau Pinang (43), Kedah (32) dan Perak (26).

“Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 69,095 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,802 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,072 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Kes kematian tertinggi hari ini dilaporkan di Lembah Klang iaitu tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sabah dan Johor pula mencatatkan dua kes kematian manakala Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Kes kematian termuda hari ini melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kluang manakala tertua berusia 81 tahun, dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Kesemua 11 pesakit yang meninggal dunia berkaitan COVID-19 mempunyai latar belakang penyakit lain. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.