nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada perlombongan dalam hutan simpan kekal

3 DIS: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memberi jaminan Jabatan Perhutanan setiap negeri akan memastikan tiada sebarang sebarang aktiviti perlombongan dijalankan di kawasan hutan simpan kekal.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan ini juga dapat mengelakkan insiden pencemaran yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan masyarakat.

Menurut beliau, walaupun pengeluaran permit untuk penerokaan mineral terletak di bawah kuasa kerajaan negeri, proses saringan dan tapisan perlu dijalankan bagi memastikan semua syarat dipatuhi sebelum kelulusan diberikan.

Shamsul Anuar Nasarah
SHAMSUL ANUAR NASARAH

“Pada masa sama, KeTSA juga telah membangunkan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral 2021-2030 yang akan menjadi panduan untuk memastikan pembangunan industri mineral tidak lagi tertumpu kepada aktiviti perlombongan di peringkat huluan semata-mata.

“Industri mineral perlu berkembang sehingga ke aktiviti pemprosesan, penambahan nilai atau penghasilan produk berasaskan mineral yang merangkumi peringkat pertengahan dan hiliran,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, bagi menyokong agar industri mineral negara terus berkembang, Shamsul Anuar memberitahu kerajaan juga telah bersetuju mengaktifkan semula Majlis Mineral Negara (MMN) yang akan menjadi platform tertinggi melibatkan keahlian kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Di mana penyelarasan dasar dan isu-isu utama berkaitan pembangunan industri mineral akan dipertimbangkan. Mesyuarat pertama MMN dijangka diadakan pada penghujung Disember ini,”katanya.

Shamsul Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata pelbagai usaha telah digerakkan untuk merealisasikan potensi sumber-sumber mineral termasuklah REE bukan radioaktif (NR-REE) supaya menjadi salah satu sumber ekonomi baharu negara.

Tambah beliau, berdasarkan kajian tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11), sumber mineral negara dianggar berjumlah RM4.11 trilion yang merangkumi mineral berlogam, mineral bukan logan dan mineral tenaga.

“Daripada anggaran ini, sumber NR-REE di Malaysia adalah berjumlah 15.188 juta tan metrik dengan nilai sekitar RM741 bilion (USD182 bilion) yang kebanyakannya terdapat di negeri Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan beberapa negeri lagi. Kajian terperinci akan diteruskan dalam RMKe-12 untuk pemetaan kuantiti rizab NR-REE yang lebih tepat.

Dalam pada itu, beliau menambah, KeTSA akan terus memastikan inisiatif perlombongan secara mampan dan sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlombongan NR-REE.

Beliau berkata, SOP ini turut merangkumi keseluruhan rantaian nilai mineral daripada perlombongan hingga kepada pengurusan sisa dan penutupan lombong secara progresif juga perlu disokong dengan perundangan lain yang berkaitan iaitu Akta Pembangunan Mineral 1994, Akta Penyiasatan Kajibumi 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Enakmen Mineral Negeri-Negeri.

“Dalam hal ini, KeTSA akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan yang terdiri daripada kerajaan negeri, agensi-agensi Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil industri untuk memuktamadkan SOP NR-REE berkenaan. Ini juga bagi memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesejahteraan masyarakat di sekitar kawasan perlombongan.

“Pematuhan sepenuhnya SOP ini merupakan syarat utama sebelum memulakan sebarang perlombongan yang dikawal melalui Skim Pengendalian Melombong oleh JMG,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.