nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,123 kes baharu, Lembah Klang paling banyak

5 DIS: Sebanyak 1,123 kes baharu dicatatkan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 71,359 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 10,775 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,118 kes.

“Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus). Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 peratus).

“Sebanyak 40 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Kluster Tembok (13 kes),” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham memberitahu, sehingga kini, terdapat 130 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau menambah, empat kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 380 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pesakit-pesakit yang meninggal dunia berasal dari Sabah (dua kes berumur 75 dan 64 tahun), Johor (satu kes berumur 61 tahun) dan Selangor (satu kes berumur 46 tahun).

Kecuali pesakit di Selangor, kesemua mereka ialah rakyat tempatan dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, asma, kencing manis, darah tinggi dan strok.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 1,143 kes dilaporkan sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 60,204 kes (84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.