nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB 4 negeri, 2 Wilayah Persekutuan tamat

5 DIS: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Labuan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun, kecuali Labuan dan Putrajaya, beberapa daerah dalam negeri terbabit masih dikenakan PKPB mulai 7 Disember sehingga 20 Disember depan.

Di Pulau Pinang, katanya, sehingga Khamis lalu, hanya terdapat 348 kes aktif yang direkodkan di seluruh negeri berkenaan dan keadaan terkawal kecuali bagi Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 12 Timur Laut yang mencatatkan kawasan pekerja kilang warganegara manakala Flat Jalan Paya Terubong Relau dan Flat Desa Bestari Batu Uban akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi Perak, sehingga 3 Disember 2020, secara kumulatif sebanyak 1,858 kes positif COVID-19 telah direkodkan di negeri ini dan daripada jumlah itu 1,311 kes telahpun sembuh sepenuhnya. Sehingga kini, terdapat 533 kes aktif bagi negeri ini manakala dua daerah masih lagi merah iaitu Daerah Kinta dan Daerah Hilir Perak.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Sidang semalam bersetuju untuk menamatkan PKPB di Perak pada 6 Disember 2020 seperti yang dijadualkan, kecuali bagi daerah Kinta serta Mukim Teja (daerah Kampar) dan Mukim Changkat Jong (daerah Hilir Perak) yang akan diteruskan PKPB bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020.

“Bagi Negeri Sembilan, secara kumulatif sehingga 3 Disember 2020 sebanyak 1,534 kes positif COVID-19 telah direkodkan dan dari jumlah tersebut, 1,486 kes COVID-19 direkodkan di Daerah Seremban & 36 kes di daerah Port Dickson. Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas semalam bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Seremban dan Port Dickson yang dilaksanakan PKPB bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu bagi negeri Kelantan pula, sebanyak 381 kes positif COVID-19 telah direkodkan dan daripada jumlah itu 257 kes telahpun sembuh sepenuhnya manakala 124 kes lagi masih aktif.

“Empat daerah dengan bilangan aktif tertinggi adalah Kota Bharu (48), Machang (17), Tanah Merah (32) dan Pasir Mas (12). o Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Sidang semalam bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Kelantan pada 6 Disember 2020 seperti yang dijadualkan, kecuali bagi daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas yang akan disambung dari 7 hingga 20 Disember 2020,”katanya.

Ismail berkata atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas semalam bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sabah dilanjutkan lagi selama 14 hari bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, atas nasihat KKM, sidang khas semalam bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah pada 5 Disember 2020 seperti yang telah dijadualkan.

“Bagi Negeri Selangor, secara kumulatif sehingga 3 Disember 2020, sebanyak 15,534 kes positif COVID-19 telah direkodkan di seluruh negeri Selangor. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa daerah yang menunjukkan kes positif COVID-19 yang terkawal iaitu 1 kes aktif di Sabak Bernam, 10 kes aktif di Hulu Selangor dan 28 kes aktif di Kuala Selangor.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas semalam bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Selangor dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020 kecuali bagi daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang akan kembali ke PKPP,” katanya.

PKPB di seluruh Kuala Lumpur turut dilanjutkan mulai 7 hingga 20 Disember ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.