nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

182 individu ditahan ingkar arahan PKP

8 DIS: Polis Diraja Malaysia menahan seramai 182 individu, kerana kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 181 orang dikompaun, manakala baki seorang lagi direman.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal sebanyak 66 kesalahan, tidak memakai pelitup muka (60) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (46).

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 49,592 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,849 pasukan pematuhan membabitkan 12,766 anggota membuat pemantauan terhadap 5,179 pasar raya, 4,667 restoran, 1,285 penjaja, 1,249 kilang, 3,539 bank dan 620 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau sebanyak 1,064 terminal pengangkutan darat, 266 terminal pengangkutan air dan 154 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengenai Op Benteng semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala tiga kenderaan dan sebuah bot dirampas.

“Sebanyak 116 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan semalam, membabitkan Op Penawar dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan 50 SJR.

“Op Benteng PDRM dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) masing-masing dengan 57 dan sembilan SJR,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan 48 operasi sanitasi di 12 zon merah, lima zon jingga, enam zon kuning dan empat zon hijau membabitkan 12 negeri, semalam.

“KPKT jalankan 14 operasi sanitasi di Johor, Sabah (10), Melaka (tujuh), Kedah (tiga), Sarawak (tiga), Pahang (dua), Selangor (dua), Pulau Pinang (dua), Negeri Sembilan (satu), Perak (satu), Perlis (satu), Terengganu (satu) dan Wilayah Persekutuan (satu operasi).

“Sejak 30 Mac lalu, KPKT melakukan 12,389 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.

“Sebanyak 14,374 premis disanitasi membabitkan 2,892 pusat perniagaan, 1,674 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,848 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,603 bangunan kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan pemeriksaan di 18 tapak pembinaan di seluruh negara, semalam.

Daripada jumlah itu, katanya hanya satu tapak pembinaan diberikan amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Penguat kuasa CIDB melaksanakan 13,820 pemeriksaan membabitkan 7,936 tapak binaan, di seluruh negara antara 20 April hingga semalam,” katanya.

Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan di 700 premis perniagaan, semalam.

“Ia membabitkan 505 peruncit, 164 pemborong dan 31 pengilang. Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara.

“KPDNHEP juga melakukan 789 pemeriksaan khas pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati semua premis mematuhi SOP ditetapkan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.