nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pas Akur Keputusan Sultan Soal Lantikan Exco

12 DIS: PAS akan akur dengan keputusan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sama ada mahu melantik atau tidak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana soal ADUN PAS dilantik sebagai EXCO atau tidak adalah hak Tuanku Sultan Perak.

Tuan Ibrahim berkata PAS akur apa sahaja yang baik pada pandangan Tuanku kerana yakin kesetabilan kerajaan adalah keutamaan baginda.

“PAS melihat isu yang paling utama selesai hasil muafakat bersama. Soal ADUN PAS dilantik sebagai EXCO atau tidak adalah hak Tuanku Sultan Perak.

“Tidak timbul soal ‘derhaka’ atau tidak, kerana sesuatu kemelut politik harus dilihat secara menyeluruh bukan hanya sesuatu juzuk untuk membuat penilaian.

“Maka kita yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat. Dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham, silap maklumat dan tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan.

“Apapun dengan kesabaran semua pihak dan jiwa besar akhirnya ia berjaya diselesaikan. Alhamdulillah kemelut ini tidak mengambil masa yang lama. Kini masa untuk melihat ke hadapan bagi meneruskan pembangunan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan muafakat politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata isu kemelut politik di Perak berjaya diredakan bila PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO bersetuju mengekalkan muafakat dan menyokong perlantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu.

Katanya, perlantikan lima EXCO membolehkan Kerajaan Perak berfungai dan pentadbiran berjalan.

“Tentunya akan ada pertambahan exco bagi melengkapkan urustadbir Kerajaan negeri. Ini kita serah sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan Perak,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan lima Ahli ADUN sudah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, kelmarin.

Ini termasuklah empat ADUN UMNO iaitu Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Seorang lagi Exco kerajaan negeri Perak ialah ADUN Sungai Manik merangkap Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, manakala tiada wakil PAS. – Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.