nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas Penolong Pengarang Berita Harian Meninggal Dunia

12 DIS: Pegawai khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hardi Effendi Yaacob, 43, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Kerdas 3, Batu 6, Gombak dekat sini, malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas Penolong Pengarang Berita, Berita Harian, pada mulanya mengadu pening kepala sebelum tidak sedarkan diri, kira-kira jam 10 malam.

Menurut adik iparnya, Haizatul Nur Amilin Mokhtar, ahli keluarganya kemudian menghubungi pihak hospital sebelum sepasukan anggota perubatan dengan sebuah ambulans tiba di kediaman abang iparnya tengah malam tadi.

“Anggota perubatan kemudian memberi bantuan pernafasan namun usaha itu tidak berjaya dan mengesahkan kematiannya.

“Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham menyertai skim latihan kewartawanan Berita Harian pada 1996 selama tiga bulan sebelum diserap sebagai wartawan kadet dan pernah menjadi wartawan Meja Hiburan dan Meja Jenayah.

Allahyarham kemudiannya bertugas sebagai Ketua Biro Berita Harian di Sarawak dan jawatan terakhirnya di Berita Harian adalah sebagai Penolong Pengarang Berita sebelum meninggalkan agensi berita itu, Mac tahun ini.

Selepas beberapa bulan meninggalkan Berita Harian, beliau kemudiannya menyertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai pegawai khas sejak November lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Leany Mokhtar, 41, serta dua anak perempuan, Nur Khayla Iman, 12 tahun dan Nur Khadeeja Iman, 8 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.