nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lantikan ejen provokasi tak langgar Perlembagaan

16 DIS: Dakwaan peruntukan untuk merekrut ‘ejen provokasi’ bagi membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar.

Ejen provokasi sebenarnya merujuk kepada ejen rahsia yang digaji untuk memprovokasi orang disyaki bagi melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, khidmat ejen provokasi diperlukan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi menangani isu penyeludupan dalam industri yang menyumbang kepada hasil negara seperti rokok dan arak.

Menurut beliau, menerusi pendekatan sedemikian, keberkesanan KDRM ketika menjalankan operasi atau serbuan berupaya ditingkatkan, manakala hasil intipan serta risikan membabitkan ejen provokasi akan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Ejen provokasi hanya boleh menjalankan peranan apabila dapat persetujuan daripada Ketua Pengarah KDRM dan bukan dilantik secara semberono oleh sesiapa. Peruntukan sama dalam menggunakan khidmat ejen provokasi ini turut wujud dan sama dalam pelbagai peruntukan akta lain yang mempunyai kaitan dengan bidang kuasa agensi lain.

“Contohnya, Seksyen 40 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 342) turut menggariskan peranan atau khidmat ejen provokasi, malah keterangan mereka boleh diterima di mahkamah bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Eksais (Pindaan) 2020 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen PH Puchong, Gobind Singh Deo dalam perbahasannya membangkitkan kebimbangan mengenai sama ada penggunaan khidmat ejen provokasi bertentangan dengan peruntukan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Rakyat meluluskan RUU Zon Eksais (Pindaan) 2020 setelah undian suara mendapati lebih ramai Ahli Parlimen yang bersetuju.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan itu, beliau memberi jaminan mana-mana pihak yang mempunyai keraguan berhubung akta berkenaan boleh mengemukakan pertikaian di mahkamah, selari hak peribadi masing-masing.

“Mereka boleh cabar perkara ini di mahkamah, cuma ingin saya tegaskan, apabila Peguam Negara yang buat, sudah pasti segenap perkara tentang keberkesanan undang-undang ini diteliti.

“Ia termasuk sama ada RUU ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.