nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tubuh Pasukan Khas Banteras Kartel Daging Haram

25 DIS: Kerajaan digesa menubuhkan pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri Halal bagi mengenal pasti dalang sindiket yang bertanggungjawab dalam isu daging halal palsu dan tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai daripada rakyat yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan Halal dan penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berbeza. 

Justeru, menurut beliau, kebimbangan dan keraguan orang ramai terhadap status Halal dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran termasuk pelbagai berita-berita sensasi berhubung isu ini mesti ditangani segera oleh pihak kerajaan.


“Kuasa pensijilan Halal ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. 

“Dalam isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, tetapi pelbagai agensi lain yang membabitkan beberapa peringkat.

“Ini termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS),  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan,” ujarnya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi turut menggesa kerajaan segera mendedahkan nama-nama syarikat yang sedang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

Menurut beliau, tindakan serta-merta menarik semula bekalan daging yang telah memasuki pasaran dalam tempoh dua minggu ini oleh syarikat-syarikat terbabit yang melibatkan semua peruncit dan pengedar perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

“Perlu menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan Halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil Halal dalam Malaysia dan di luar negara. 

“Lakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan Halal di JAKIM dan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan Halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan,”katanya.

Sementara itu, beliau berpandangan kerajaan seharunya memperkasakan kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan di zaman Kerajaan Barisan Nasional, bagi membangunkan industri Halal secara komprehensif dan bersepadu.

“Ia seharusnya membabitkan sekurang-kurangnya 300 institusi baik agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri-Negeri hinggalah kepada swasta. 

“Ini secara langsung terbabit dalam aspek kawal selia, pensijilan, penguatkuasaan dan pembangunan industri Halal Negara. Cadangan ini wajar diambil tindakan segera oleh Kerajaan PN 

“Ini bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja rakyat Malaysia kepada logo Halal Malaysia yang diiktiraf bukan sahaja di negara ini tetapi di seantero dunia  tidak terjejas imejnya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.