nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan MB N9 dipaksa tandatangan proklamasi disiasat polis

14 SEPT : Polis kini menyiasat dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan siasatan akan dimaklumkan jika terdapat kemajuan.

“Tadi kami dah bagi… kita dah buat kertas siasatan. Kertas siasatan ada dibuka dan masih lagi dalam proses.

“Kalau ada perkembangan seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Terdahulu, Ismail mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular itu secara paksaan dan tanpa kerelaan.

Pada 6 September lalu, Sekretariat Undang Yang Empat mengeluarkan kenyataan berkaitan Sidang Khas Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Kenyataan itu ditandatangani Datuk Mubarak Thahak (Sungei Ujong), Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Abdul Rahim Yasin (Rembau), Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Al-Qadri dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abd Khalid.

Mereka mendakwa masih memegang kedudukan sebagai Undang Luak yang sah.

Dalam kenyataan sama, mereka meminta pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Proklamasi itu didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.