nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Covid-19 : 1,594 kes, 5 kluster baharu dikesan

28 DIS : Sebanyak 1,594 kes baharu Covid-19 telah direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 106,690 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,591 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes (43.7 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 194 kes (12.2 peratus) dan Johor sebanyak 191 kes (12.0 peratus),” ujarnya dalam media harian Covid-19 hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 108 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster Pagar Siput (6 kes), Kluster Tembok (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Pagar Bentong (5 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), dan Kluster Kolam Air (3 kes).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,643 kes dan setakat ini terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 pula adalah sebanyak 1,181 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 85,592 kes bersamaan 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

“Dukacita KKM memaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini iaitu dua di Selangor dan satu di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, KKM juga telah mengenal pasti lima lagi kluster tempat kerja baharu hari ini yang melibatkan daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya,Perak, Kelantan dan Johor.

“Kluster Tapak Bina Jalan Gadang melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kluster Menara Sri pula melibatkan daerah Cheras, Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa termasuk daerah Kerian di Perak.

“Kluster Pintu 15 melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Manakala Kluster Bukit Pasir melibatkan daerah Muar di Johor dan Kluster Pintu Geng pula melibatkan daerah Kota Bahru di Kelantan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.