nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO tak boleh hidup dengan nostalgia lama

31 DIS: Semua pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh lagi diulit nostalgia lama jika mahu terus relevan di mata rakyat di negara ini.

Justeru, pemimpin dan ahli parti UMNO perlu sentiasa bermuhasabah diri dan melaksanakan tugas serta amanah diberikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata semua pemimpin dan ahli UMNO perlu berpijak di bumi nyata dan tidak sepatutnya meletakkan noktah terhadap perjuangan dan terus bekerja keras untuk memperkukuhkan institusi parti.

Menurut beliau, UMNO perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja dalam kalangan pemimpinnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu dan kejayaan kecil ini

“Perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus,” katanya dalam perutusan khas sempena dengan persidangan Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri serta Bahagian UMNO Sabah, bermula esok sehingga 3 Januari.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah juga mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak leka dengan kejayaan menawan kembali negeri Sabah kerana sebahagian kerusi yang ditandingi oleh BN/UMNO yang seharusnya boleh dimenangi turut terlepas ke tangan parti lawan.

Beliau berkata sejarah kejayaan UMNO Sabah yang memenangi 14 daripada 31 kerusi yang ditandingi semasa Pilihanraya Negeri (PRN) baru-baru ini, bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Kejayaan kita dalam PRN baru baru ini adalah satu pencapaian yang amat bermakna sehingga dapat membentuk kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kejayaan ini merupakan satu kejayaan manis bagi Barisan Nasional/UMNO Sabah ketika parti berhadapan dengan persepsi UMNO Sabah telah mati, namun kejayaan ini merupakan satu langkah permulaan yang terbaik kepada parti dan ahli UMNI di Sabah sehingga ada kerusi-kerusi baharu yang ditandingi oleh UMNO kita turut mencapai kemenangan,” katanya.

Bung Moktar menambah, UMNO Sabah harus mengkaji kekalahan tersebut dan perlu terus bekerja memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli serta rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.