nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Salah guna subsidi, stesen minyak di Nibong Tebal disekat

27 OKT : Sebuah stesen minyak di Sungai Buaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang dikenakan tindakan selepas dikesan melakukan lebih 1,000 transaksi mencurigakan yang disyaki berkaitan penyalahgunaan subsidi BUDI MADANI.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, transaksi berkenaan membabitkan lebih 100,000 liter petrol dengan nilai subsidi kerajaan melebihi RM270,000.

Kes itu terbongkar susulan aduan beberapa penerima BUDI MADANI yang mendapati maklumat MyKad mereka digunakan tanpa pengetahuan untuk membeli petrol bersubsidi.

“Tindakan ini diambil berikutan beberapa aduan daripada penerima BUDI MADANI yang mendapati maklumat MyKad masing-masing digunakan tanpa pengetahuan mereka untuk membeli petrol bersubsidi.

“Kesemua pengadu telah membuat laporan polis,” menurut MoF dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut MoF, hasil semakan rekod transaksi stesen minyak berkenaan mendapati lebih 1,000 transaksi menggunakan kaedah pintasan manual (manual bypass).

Susulan penemuan itu, MOF mengambil tiga tindakan, iaitu menyekat stesen minyak berkenaan daripada menjual petrol RON95 dan diesel bersubsidi di bawah BUDI MADANI, menahan bayaran subsidi awal melebihi RM270,000 serta menyekat sembilan individu daripada menggunakan kemudahan subsidi berkenaan.

Sembilan individu terbabit termasuk pemilik stesen minyak dan ahli keluarganya, sementara tindakan susulan dilaksanakan.

MoF turut mengenal pasti beberapa individu lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu dan sedang meneliti rekod transaksi mereka.

Menurut kementerian itu, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya mereka didapati terbabit dalam penyalahgunaan subsidi.

MoF menegaskan BUDI MADANI diwujudkan bagi memastikan subsidi produk petroleum disasarkan kepada rakyat Malaysia mengikut tujuan dan kegunaan yang ditetapkan.

“Subsidi ini merupakan keistimewaan untuk rakyat dan tidak boleh disalahgunakan untuk mengaut keuntungan peribadi,” menurut kementerian itu.

Kementerian turut mengingatkan penyelewengan subsidi menjejaskan matlamat penyasaran bantuan kerajaan, terutama ketika konflik di Asia Barat terus mengganggu bekalan tenaga dunia serta memberi tekanan kepada harga bahan api.

“Kerajaan MADANI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen minyak atau pengguna yang didapati melanggar garis panduan BUDI MADANI.

“Kerajaan sentiasa memantau transaksi BUDI MADANI dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyalahgunaan subsidi,” menurut kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.