nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1 mangsa bot karam hilang, operasi SAR dipertingkat

1 JAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipertingkatkan bagi mencari seorang lagi mangsa kejadian bot nelayan karam di perairan Terengganu.

Menurut beliau, aset-aset strategik milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) seperti kapal maritim KM AMAMAH, bot laut KILAT 28 dan pesawat udara AW139 telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Hamzah menambah, turut dikerahkan adalah aset-aset milik agensi kerajaan yang lain daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Taman Laut (JTL).

HAMZAH ZAINUDIN
HAMZAH ZAINUDIN

“Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau situasi tersebut dengan rapat dari semasa ke semasa dan menyelaras operasi SAR secara bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lima nelayan menaiki bot yang karam di lokasi kira-kira empat batu nautika dari barat daya Pulau Perhentian, Terengganu pada jam 1 petang semalam.

Empat daripada lima nelayan ditemukan selamat di Pantai Coral View, Pulau Perhentian Besar, kira-kira jam 8.45 pagi tadi, manakala seorang lagi masih hilang.

Mangsa-mangsa yang selamat ialah tekong bot, Tuan Azaha Tengku Long, 47, dan tiga awak-awak iaitu Mohd Azri Mohd Rosdi, 28; Tuan Azrizal Tuan Azhar, 19, dan seorang lagi dikenali sebagai Ujang, 40.

Mangsa yang belum ditemukan ialah Saari Saleh, 40-an. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.