nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar jangkitan COVID-19 dijangka terus meningkat

2 DIS: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjangka kadar jangkitan kes COVID-19 akan terus meningkat berikutan ujian saringan secara besar-besaran di seluruh negara sekarang.

Menurut beliau, sehingga kini, lebih 70,000 pekerja asing di Wilayah Persekutuan dan Selangor sudah disaring.

“Sasaran kerajaan adalah untuk menyaring sehingga 800,000 pekerja warga asing dalam masa terdekat selari dengan arahan kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 bermula semalam.

“Salah satu faktor utama kes jangkitan dalam negara tinggi, susulan pengesanan jangkitan dalam kalangan pekerja warga asing di tapak pembinaan dan sektor perkilangan.

“Arahan mewajibkan ujian saringan ke atas pekerja warga asing bermula semalam juga akan menyaksikan kes jangkitan tinggi dijangka terus direkodkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, Johor hari ini.

Berikutan itu Dr Adham, meminta semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang masa, bagi mengekang jangkitan wabak itu ke dalam komuniti.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2,068 kes baharu COVID-19 dicatatkan.

Jumlah kes positif COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 115,078 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata, vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula disuntik kepada kira-kira sejuta rakyat negara ini, bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata proses menyuntik vaksin bagi fasa pertama untuk petugas barisan hadapan.

Katanya, ini diikuti golongan rentan (orang mudah mendapat penyakit) dan pesakit kronik seperti buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

“Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama.

“Ia kemudian diikuti fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei. Kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara memberitahu, kerajaan tidak berhasrat untuk membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat, berikutan jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia sedang memuncak.

Katanya, gelombang ketiga COVID-19 kini juga turut menyaksikan Malaysia merekod peningkatan kes jangkitan harian antara 1,000 sehingga 2,000 kes sehari.

“Belum masanya Malaysia membuka sempadan negara bagi kemasukan pelancong dari luar, berikutan COVID-19 sedang memuncak di seluruh dunia.

“Kali ini akan mengambil masa agak lama sebelum Malaysia berjaya melandaikan semula lengkuk jangkitan wabak COVID-19, berikutan kita mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita guna PKPP sebagai kaedah imbangan ekonomi dan kesihatan bagi memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat. Namun, ia akan ambil masa lebih lama tetapi berkesan untuk memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.