nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sikap degil pemandu redah banjir bawa padah

9 JAN : Kedegilan seorang pemandu meredah banjir pada laluan yang ditutup membawa padah apabila kenderaan pacuan empat roda dinaikinya tiga sekeluarga, dihanyutkan air di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Chukai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika tiga sekeluarga yang menaiki kenderaan jenis Ford Ranger dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Mak Lagam, di sini.

“Tindakan meredah laluan ditenggelami banjir itu menyebabkan kenderaan dinaiki mereka hanyut, namun kesemua mereka berjaya keluar daripada kereta berkenaan.

“Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun yang berada di atas bumbung kenderaan berkenaan.

“Selain itu, kita bersama bomba turut mengeluarkan kenderaan mangsa yang tenggelam di dalam air banjir.

“Laluan itu sudah ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan banjir yang melanda daerah ini sejak Ahad,” jelasnya.

Hanyan turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Laluan ditutup demi keselamatan dan jangan ambil risiko meredah banjir sekiranya berdepan situasi sama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.