nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong boleh masyhur ordinan ikut situasi darurat

12 JAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut hal keadaan semasa sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu boleh diambil sekiranya Seri Paduka berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta.

Menurut beliau, dalam konteks itu, beberapa ordinan Darurat boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan membendung wabak COVID-19 yang merangkumi hal-hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pengambilmilikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta bagi tujuan merawat pesakit COVID-19.

“Sehubungan itu, kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan yang lebih inklusif daripada pihak swasta termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh agensi kerajaan terutamanya hospital awam.

“Menerusi ordinan ini, bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti,” katanya dalam pengumuman khas darurat yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Di samping itu, Muhyiddin menambah, kuasa-kuasa perlu di bawah ordinan itu juga akan digunakan untuk memudahkan urusan dan mengatasi apa-apa peraturan yang menyukarkan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara pantas, cekap dan berkesan dalam masa pandemik ini.

Beliau memberitahu, suatu ordinan juga boleh dimasyhurkan untuk memperuntukkan kuasa penguatkuasaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain kuasa yang sedia ada, mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang penguatkuasaan lain yang berkaitan.

Perdana Menteri berkata, ATM juga akan diperuntukkan kuasa untuk membantu melaksanakan fungsi-fungsi berhubung dengan kesihatan awam dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh pegawai awam yang berkaitan semasa pandemik ini.

“Selaras dengan proklamasi Darurat ini, aspek kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan dengan memberi kuasa kepada anggota tentera selain polis dan imigresen untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sesiapa sahaja yang menceroboh sempadan negara,” jelasnya.

Kata Muhyiddin, suatu ordinan juga boleh dimasyhurkan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan akta itu dalam membendung penularan COVID-19.

“Ini termasuk meningkatkan penalti atau hukuman ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan pengawalan wabak COVID-19,” ujarnya.

Beliau menegaskan, ordinan-ordinan yang bertujuan untuk memerangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan dalam masa pandemik juga boleh dimasyhurkan oleh Seri Paduka.

“Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan untuk tujuan ini,” katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa semua ordinan yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka akan diwartakan dan boleh diketahui oleh rakyat.

Dari segi pentadbiran kerajaan, beliau menjelaskan, Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka dari semasa ke semasa.

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan perisytiharan darurat ini,” katanya.

Beliau menambah, dalam tempoh darurat juga, kuasa eksekutif Persekutuan akan meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan negeri kecuali bagi apa-apa perkara hukum syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Sabah atau Sarawak, agama, kewarganegaraan dan bahasa, selaras dengan Fasal 6A Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.