nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat jelata wajib taat perisytiharan darurat

13 JAN: Rakyat jelata wajib mentaati perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan berkata, pemerintah yang adil dan bertanggungjawab adalah wajib ditaati.

“Sementelah urusan ini termasuk dalam tuntutan agama dan menepati maqasid syariah bagi menjaga nyawa rakyat dan kemakmuran negara.

“Sehubungan itu, YADIM sebagai institusi dakwah utama negara sudah pasti menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan berdasarkan statistik semasa COVID-19 yang sangat serius peningkatannya yang telah mencemaskan negara,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook YADIM, hari ini.

nasruddin hassan
NASRUDDIN HASSAN

Semalam, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, timbul kenyataan daripada pihak tertentu yang mempersoalkan kewajaran langkah yang diambil kerajaan bagi menjamin keselamatan rakyat dalam situasi COVID-19.

Sebagai langkah berkesan memutuskan rantaian COVID-19, Nasruddin berkata, YADIM menyeru dan merayu kepada semua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin masyarakat serta rakyat agar terus berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) juga semua perintah yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“YADIM akan terus memainkan peranan yang berkesan bagi menjadi jambatan menyampaikan informasi dan agenda negara diantara kerajaan dan rakyat.

“YADIM jua memberi komitmen tinggi untuk melestarikan gerakerja dalam menyampaikan dakwah, memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam dan masyarakat keseluruhannya,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Bebas Khas yang bakal ditubuhkan nanti turut memberi tumpuan terhadap usaha memperkasakan perpaduan negara merentasi kaum, agama dan ideologi politik dengan sebaik-baiknya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.