nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekal vaksin selepas dapat kelulusan NPRA

14 JAN: Kerajaan hanya akan membekalkan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan tidak akan membeli vaksin terbabit sekiranya tidak berpuas hati dengan keselamatan dan keberkesanannya.

Menurut beliau, penjelasan serupa turut terpakai dalam isu perolehan vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech.

“Data klinikal Sinovac baru sahaja dikeluarkan. Kami akan mengkaji data berkenaan sebelum memutuskan (untuk mengambil atau sebaliknya).

“Inilah sebabnya mengapa strategi kami menjadi portfolio dalam vaksin,” katanya dalam kenyataan melalui Twitter.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, bagi memastikan negara ini mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi serta mengurangkan masalah kawal selia dan pembuatan, kerajaan akan memperoleh vaksin COVID-19 itu lebih daripada satu syarikat sumber.

“Tambahan pula tidak ada lagi pengeluar yang dapat memenuhi semua keperluan dan ini sama dengan kebanyakan negara,” katanya.

Dalam ciapannya yang berlainan, Khairy turut mengucapkan tahniah kepada Indonesia kerana memperoleh vaksin Sinovac lebih awal.

“Selamat maju jaya kepada Indonesia. Indonesia dapat vaksin Sinovac awal sebab menjadi negara di mana vaksin berkenaan diuji dalam ujian klinikal sebelum didaftar.

“Brazil, Turki juga buat ujian klinikal Sinovac sebab jumlah kes mereka yang tinggi tahun lalu,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.