nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usul potong gaji tidak perlu dibawa ke Parlimen

16 JAN: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, usul pemotongan gaji atau elaun ahli Parlimen termasuk Menteri dan Timbalan Menteri tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya langkah tersebut boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat.

Menurutnya, terserah kepada Ahli Parlimen dan Menteri untuk memotongkan gaji secara sukarela untuk disumbangkan kepada rakyat yang berada dalam kesusahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan pendemik COVID-19 yang semakin meruncing di beberapa negeri di negara ini, sekarang.

Tambahnya, beliau sendiri pernah mencadangkan supaya gaji dan elaun Ahli Parlimen dipotong antara 10 sehingga 20 peratus untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan pelbagai bantuan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Saya sendiri sudah berbuat demikian dengan memperuntukan sebahagian elaun dan gaji untuk membantu penduduk di Perlis yang menghadapi cabaran hidup akibat penularan COVID-19.

“Jadi tidak perlu tunggu bawa usul-usul ini ke Dewan Rakyat (pemotongan gaji), sebaliknya kita sudah boleh mula dari sekarang memotong gaji dan elaun untuk membantu rakyat.

“Perkara tersebut boleh dilakukan secara sukarela atau kesedaran sendiri. Malah kita faham ada juga yang tidak mahu memotong gaji kerana tidak cukup untuk belanja di kawasan-kawasan mereka.

“Semua ini terpulang kepada ahli-ahli Parlimen sama ada mahu memotong gaji atau sebaliknya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran bantuan banjir UMNO Malaysia dan negeri di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, pemotongan emolumen iaitu gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara tidak boleh dilaksanakan ketika fasa proklamasi darurat kerana melanggar undang-undang pentadbiran Parlimen.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim yang berkata, sebarang pemotongan emolumen ahli haruslah diusulkan di Dewan masing-masing dan kemudian dilulus atau ditolak kerana berkait dengan pindaan akta.

Rais dilaporkan berkata, desakan sesetengah pihak supaya gaji serta elaun ahli Parlimen dan senator dipotong kerana tidak bersidang disifatkan sebagai tidak relevan berikutan mereka tetap memberikan khidmat meskipun dalam tempoh darurat.

Sementara itu, Shahidan membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka membatalkan proklamasi darurat.

Shahidan berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu melihat dahulu perkembangan pelaksanaan itu dalam tempoh beberapa bulan ini sama ada bakal memberi kesan kepada rakyat atau sebaliknya.

“Tunggulah sebulan dua lagi, tengok bagaimana keadaan. Sekarang saya lihat keadaan baik, pasaran saham dan pelaburan juga bertambah baik sekali gus menunjukkan darurat yang dilaksanakan ini tidak memberi kesan.

“Kalau kita dapati darurat ini memberi kesan kepada kehidupan rakyat, kita akan memikirkan cara terbaik dalam mengatasinya. Sekarang kita tunggu dahulu, lihat bagaimana,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.