nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Covid-19 : Kes baharu cecah 4,000 sehari

16 JAN : Malaysia hari ini sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,126 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).

“Sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes),” ujarnya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,148 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Sehingga kini, terdapat 205 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM juga dengan dukacita memaklumkan terdapat pertambahan lapan  kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.