nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek PSR: Pampasan nelayan P. Pinang tak berbaloi

19 JAN: PAS Pulau Pinang mendakwa cadangan kadar bayaran pampasan kepada nelayan yang terjejas teruk akibat projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dikemukakan oleh negeri pimpinan DAP adalah tidak berbaloi dan penuh tipu muslihat.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff mendakwa ramai nelayan melahirkan rasa kecewa kerana jumlah pampasan yang ingin diberikan oleh kerajaan negeri adalah tidak setimpal dengan nilai projek bertaraf mega yang bakal dibangunkan di kawasan itu.

Beliau mendakwa, nilai pampasan kepada nelayan kategori A iaitu mereka yang berdekatan Pulau A di sekitar Permatang Damar Laut adalah sebanyak RM20,000 di mana pembayaran akan dibuat 75 peratus dan selebihnya akan dibayar secara ansuran RM800 setahun.

Manakala bagi kategori B, hanya diberikan RM4,000 one-off, dan nelayan kategori C pula tiada pampasan yang disediakan, sekali gus bermakna nelayan hanya berputih mata untuk menikmati pampasan tersebut.

“Ini juga bermakna layanan kerajaan negeri kepada nelayan di selatan pulau, lebih teruk daripada nelayan Tanjong Tokong yang telah mendapat pampasan antara RM15,000 hingga RM20,000, tetapi kini nelayan Tanjong Tokong telah kehilangan tempat mencari rezeki ekoran penambakan tanah di Gurney Drive,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Fauzi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau berkata perkara berkenaan tentunya mencabar maruah nelayan pantai dalam pergelutan mereka mempertahankan survival dan masa depan hidup mereka serta keluarga.

“Kerajaan DAP nampaknya buat tak peduli sektor perikanan yang membekalkan hasil laut segar kepada rakyat Pulau Pinang serta mereka juga tidak hiraukan soal jaminan makanan.

“Kalau beginilah sikap kerajaan kepada rakyat Pulau Pinang, maka akan hilang bekalan ikan dan hasil laut segar di negeri ini,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PSR akan menyaksikan kerosakkan ekosistem laut bukan sahaja di selatan pulau bahkan di negeri Perak juga akibat perlombongan pasir laut untuk dibekalkan ke Pulau Pinang bagi memenuhi projek itu.

“Projek mega ini akan hanya menguntungkan golongan kapitalis dan kroni pihak berkenaan serta mereka yang akan mengecapi keuntungan hasil projek tersebut. Akhirnya rakyat Pulau Pinang keseluruhannya menanggung kerugian.

“Tak usahlah kerajaan negeri hanya menyebut pampasan sebagai sumbangan menaik taraf hidup nelayan jika nelayan hilang segala-galanya. Inilah wajah ‘Kerajaan Penjajah’, jauh daripada etika pemerintah,” tempelaknya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Mahadi Md Rodzi juga berkata, nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan projek ingin dibangunkan.

Beliau berkata, faktor kehilangan pendapatan nelayan dilihat akan kekal dan persatuan itu sehingga kini tetap dengan pendirian mereka iaitu membantah cadangan projek mega terbabit.

Pakej lain yang dijangka diberikan kerajaan negeri seperti pembinaan jeti baharu, koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan anak-anak, skim latihan dan peluang pekerjaan, juga dilihatnya tidak mampu meyakinkan nelayan.

PSR ialah projek mega Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.