nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar Dasar Semalaman kekal 1.75 peratus – BNM

20 JAN: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) hari ini.

Menurut jawatankuasa itu, pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif selain terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

“Berikutan keadaan pandemik yang terus tidak menentu, pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

BNM menjelaskan, penularan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan langkah-langkah pembendungan bersasar telah menjejaskan momentum pemulihan pada suku keempat 2020 dan akibatnya pertumbuhan 2020 dijangka berada pada paras lebih rendah dalam julat unjuran sebelum ini.

BNM menambah, bagi tahun ini, meskipun pertumbuhan jangka pendek dijangka menerima impak daripada pelaksanaan semula langkah pembendungan yang lebih ketat, kesannya dijangka tidak seteruk seperti yang dialami pada 2020.

Menurut BNM, trajektori pertumbuhan diunjurkan bertambah baik mulai suku kedua 2021 dan seterusnya didorong oleh permintaan global yang kembali pulih, perbelanjaan sektor awam dan swasta yang meningkat semula berikutan sokongan berterusan daripada langkah-langkah dasar serta pengeluaran lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan dan perlombongan sedia ada dan baharu.

“Pemberian vaksin pada bulan-bulan yang akan datang juga akan meningkatkan sentimen. Risiko terhadap prospek pertumbuhan menjadi rendah masih wujud. Hal ini berpunca terutamanya daripada ketidakpastian yang berterusan mengenai pandemik dan cabaran yang akan dihadapi yang boleh menjejaskan pemberian vaksin di dalam dan luar negara,” jelas BNM.

BNM berkata, sejajar dengan penilaian sebelum ini, purata inflasi keseluruhan dijangka negatif pada 2020 terutamanya disebabkan oleh harga minyak dunia yang ketara lebih rendah.

“Bagi tahun 2021, purata inflasi keseluruhan diunjurkan meningkat disebabkan terutamanya oleh harga minyak dunia yang dijangka lebih tinggi. Inflasi asas diunjurkan kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi. Bagaimanapun, prospek ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi,” kata BNM.

Sementara itu, BNM berkata, pertumbuhan ekonomi global terus pulih, didorong oleh aktiviti perkilangan dan eksport yang bertambah baik tetapi penularan semula kes COVID-19 baru-baru ini dan langkah-langkah pembendungan yang dilaksanakan seterusnya telah menjejaskan kegiatan ekonomi di beberapa ekonomi utama.

BNM memberitahu, pelaksanaan program pemvaksinan secara meluas yang dipercepatkan, bersama-sama dengan sokongan dasar yang berterusan, dijangka meningkatkan prospek pertumbuhan global pada masa hadapan.

“Prospek keseluruhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan ekonomi menjadi lebih rendah terutamanya jika jangkitan COVID-19 menular semula dan inokulasi melawan COVID-19 secara meluas ditangguhkan,” kata BNM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.