nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB kaji semula dasar seiring pelan antirasuah

22 JAN: Sejajar dengan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia melaksanakan kajian semula dasar, fungsi dan tadbir urus sedia ada termasuk yang melibatkan agensi-agensi di bawahnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, tindakan itu bagi membolehkan peranan kementerian diperluaskan seiring dengan perubahan ekonomi dan teknologi semasa negara.

Menurut beliau, dalam OACP terdapat 18 inisiatif digariskan dan akan dilaksanakan oleh pelbagai bahagian berdasarkan bidang keutamaan masing-masing bagi mencapai visi ‘KPLB Sejahtera Tanpa Rasuah’.

“Sebagai contoh dasar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) perlu dikaji semula dengan mengambil kira sudut fungsinya terutama dalam membangunkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar.

“Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin kementerian ini akan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, membina ketelusan dan menjamin akauntabiliti dalam pentadbiran, perolehan awam dan tadbir urus korporat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu KPLB yang disiarkan secara maya menerusi Facebook kementerian itu, hari ini.

Abd Latiff Ahmad
Dr Abd Latiff Ahmad menyampaikan Amanat Tahun Baharu KPLB yang disiarkan secara maya menerusi Facebook kementerian itu, hari ini.

Abdul Latiff memberitahu, KPLB dan agensi perlu memberi penekanan kepada hasil bukannya output pengeluaran di samping setiap program dan projek dilaksanakan hendaklah mampan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan.

“Kita perlu mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah pelaksanaan program supaya lebih efektif dan berbaloi.

“KPLB boleh mendapatkan pandangan serta perkongsian pengalaman dan kaedah yang dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang benar-benar terlibat secara berterusan dalam melaksanakan projek komuniti di negara ini bagi membantu menambah baik proses kerja.

“Penyelarasan senarai projek antara KPLB dengan kerajaan negeri perlu dimantapkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek dan mengelakkan pertindihan,” katanya.

Sementara itu, menerusi amanat itu, Abdul Latiff berkata warga KPLB dan agensi perlu menguasai kemahiran digital dan mengadaptasi penggunaan teknologi digital dalam pelaksanaan tugasan harian.

“Ini bagi memastikan kelancaran proses kerja sesuai dengan perkembangan pada masa ini yang menekankan penggunaan teknologi digital dalam tugasan seharian,” katanya.

Bagi menyokong usaha itu, Pelan Komunikasi Strategik perlu dibangunkan untuk memastikan semua pihak mendapat maklumat dan kefahaman yang jelas terhadap pelaksanaan inisiatif KPLB dan seterusnya memberikan impak yang tinggi kepada golongan sasaran.

“Strategi komunikasi yang efektif adalah penting untuk menguar-uar dan menjelaskan rasional keputusan, dasar kerajaan dan kejayaan yang telah dilaksanakan untuk manfaat rakyat.

“Dalam hal ini, saya menyeru supaya Unit Komunikasi Korporat KPLB dan juga agensi memainkan peranan aktif dalam perkongsian maklumat melalui gambar, info grafik dan video di laman web dan media sosial masing-masing. Maklumat penting seperti permohonan bantuan atau program perlu dimuat naik secara berkala supaya diketahui umum,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.