nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Penjara Bentong, 615 kes positif dikesan

24 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan mulai esok hingga 8 Februari.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 di penjara tersebut.

Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak 615 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Kementerian Kesihatan turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak jangkitan COVID-19 dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di penjara ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri menambah, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara itu juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, beliau memberitahu, seramai 550 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar SOP.

“Daripada jumlah itu, 499 individu dikompaun, 42 direman manakala sembilan lagi dijamin.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (130), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (112), tiada penjarakkan fizikal (68), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (54), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (44) dan lain-lain (142),” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan berjaya menahan seramai 54 pendatang asing tanpa izin semalam serta merampas dua bot dan lima kenderaan darat.

“Dalam operasi itu juga, turut dikesan 142 bot/kapal berada di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,” ujarnya.

Beliau berkata, penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut membuat lapan pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara, semalam.

Ismail Sabri menjelaskan, hasil pemeriksaan mendapati, tujuh tapak binaan beroperasi manakala satu lagi tidak beroperasi.

“Dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati kesemua tujuh tapak binaan terbabit mematuhi SOP,” katanya.

Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,340 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKP.

“Daripada jumlah itu, 1,306 premis mematuhi SOP manakala 34 lagi premis diberi nasihat,” jelasnya.

Semalam, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 6,894 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 154 orang disahkan positif COVID-19.

Secara kumulatif, sejak 1 Disember 2020, seramai 205,316 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 7,852 majikan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,096 telah disahkan positif COVID-19 manakala 201,220 lagi adalah negatif. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.