nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

7 daripada 10 kluster baharu berkaitan tempat kerja

31 JAN: Sebanyak 10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini, melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja terbabit adalah Jalan Rami Tiga (Johor), Jalan Mega (Johor), Sri Plentong (Johor), Jalan Kewajipan (Selangor), Persiaran Sabak (Selangor), Tapak Bina Raja Chulan (Kuala Lumpur) dan Jalan Masjid Tanah (Melaka).

Dua kluster berisik tinggi adalah Jalan Ithnin (Johor) dan Bercham Raya (Perak) manakala kluster komuniti adalah Jalan Tronoh (Perak).

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Vista (222 kes), Tapak Bina Jalan Chulan (151 kes), dan Kluster Jalan Kewajipan (125 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebanyak 392 dari keseluruhan 817 kluster COVID-19 yang dilaporkan di negara ini masih aktif manakala 83 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini.

Selain itu, 425 kluster telah tamat termasuk Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala, Kluster Osmo Jaya, dan Kluster Kolam Air yang berakhir hari ini.

Butiran lanjut 10 kluster bahariu adalah seperti berikut:

KLUSTER JALAN KEWAJIPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 500 individu telah disaring, di mana 125 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN SABAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Shah Alam. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ITHNIN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202930) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 294 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN RAMI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Rami, Jorak Industrial Estate, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MEGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SRI PLENTONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHULAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Lembah Pantai. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 151 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MASJID TANAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 1,023 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TRONOH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-189861) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tronoh, Bota, Perak Tengah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BERCHAM RAYA
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179532) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Bercham Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.