nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 hari berturut-turut kes positif lebih 5,000

31 JAN: Sebanyak 5,298 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes baharu melebihi angka 5,000 selama tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, peningkatan mendadak kes positif COVID-19 sehingga melebihi 5,000 kes sehari adalah disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Malah, menurut beliau, terdapat kes-kes yang baru dilaporkan telah dikesan positif tahun lalu.

“Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri.

“Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Situasi jumlah kes yang tinggi sejak seminggu lalu telah menimpulkan kegemparan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Dr Noor Hisham menambah, terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

“Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

“Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia,” jelasnya.

Berhubung kes baharu, sebanyak 5,295 adalah kes tempatan manakala tiga lagi kes import dan jumlah kes aktif ada 48,150 kes.

Sebanyak 14 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 760 kes atau 0.35 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Kuala Lumpur dan semuanya adalah rakyat tempatan.

Jumlah yang sembuh adalah 4,522 kes (166,049 kes kumulatif, 77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan) manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 313 dan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus).

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus).

Sebanyak 94 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (38 kes), Kluster DTI Sepang 2 (18 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Tembok Kemus (1 kes). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.