nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 menteri Kabinet antara penerima pingat WP

1 FEB: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 335 penerima sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini.

Lima menteri Kabinet merupakan antara mereka yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, Datuk Seri dan Datuk.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dikurniakan darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri, antara penerima-penerimanya ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Zuraida Kamaruddin.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, tahun ini, seramai enam individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.), 24 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.), 81 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk.

“Seterusnya, 49 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keempat iaitu Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.), 76 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.), 31 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) dan 68 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

annuar musa
ANNUAR MUSA

Mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Beliau diikuti oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Antara penjawat awam yang dikurniai darjah kebesaran S.M.W. ialah Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Suhaime Mahbar; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Yusof bin Ismail.

Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) juga dikurniakan kepada mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan Kuala Lumpur iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Dr. Noordin Ab Razak.

Turut dianugerahi Darjah Kebesaran ini ialah pakar bahasa merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan.

Penerima-penerima PMW daripada kalangan pegawai awam dan badan berkanun pula antaranya terdiri daripada Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail; Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Shamrahayu Ab Aziz.

Darjah Kebesaran PMW juga dikurniakan bagi mengiktiraf sumbangan ahli-ahli sukan negara, antaranya jaguh badminton negara, Abd Rashid Mohd Sidek dan Cheah Soon Kit serta Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia yang juga ahli Pasukan Malaysia Pendakian Everest, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Sementara itu, penggiat-penggiat seni dan budaya tanah air yang diberi penghargaan menerusi pengurniaan darjah kebesaran tersebut termasuk Sasterawan Negara, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail dan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan.

Selain itu, seramai 69 individu dari kementerian, agensi dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memerangi pandemik COVID-19 telah dikurniai pelbagai pangkat Darjah Kebesaran.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar yang juga anggota Pusat Pengurusan Krisis Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan yang dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.).

Selain beliau, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong serta Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Param Jeeth Singh dianugerahi Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.).

Termasuk dalam senarai 69 individu tersebut ialah Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik, Kem Sungai Besi Brig. Jen. Ab Aziz bin Mohd Sharif yang dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah P.M.W.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Keselamatan Negara, Azizah Mohamed Said; Pengarah Bahagian Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara, Amaluddin Suib dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Senior Asisten Komisioner Izan Bakri dikurniai Johan Mahkota Wilayah (J.M.W).

Annuar menambah, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19 dan akan dimaklumkan kepada para penerima.

Menurut beliau, walaupun istiadat belum diadakan, selaras dengan peruntukan di bawah Statut Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah, kesemua penerima pingat boleh menggunakan gelaran Datuk Seri Utama, Datuk Seri dan Datuk sebelum nama mereka mulai hari ini.

Pada masa yang sama, isteri mereka boleh menggunakan gelaran Datin Seri Utama, Datin Seri dan Datin sebelum nama masing-masing. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.