nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Unjuran kadar AOR didakwa Guan Eng tak masuk akal

2 FEB: Kadar Purata Tempoh Penginapan (AOR) yang didedahkan oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merupakan unjuran palsu dan tidak masuk akal.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menegaskan, data unjuran AOR yang dikeluarkan Ahli Parlimen Bagan itu yang menyatakan sebanyak 61.1 peratus pada 2020 dan 58.4 peratus pada 2021 adalah tidak tidak realistik yang akan merosakkan keyakinan rakyat.

“Ingin dimaklumkan, unjuran yang diutarakan tersebut adalah unjuran sebelum pandemik COVID-19 melanda negara dan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan pelaksanaan semula PKP 2.0.

“Unjuran bagi tahun 2020 ialah 25.4 peratus, manakala bagi tahun 2021 adalah 27.8 peratus. Namun demikian, unjuran ini tidak mengambil kira pelaksanaan PKP 2.0 ,” kata MOTAC menerusi kenyataan media, hari ini.

MOTAC berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong Dap itu laporan Malay Mail yang bertajuk “Guan Eng accuses Putrajaya of inaction as Malaysia’ hotels, tourism wither and die”, bertarikh 26 Januari lalu.

Dalam pada itu, MOTAC berkata kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan dan kebudayaan khususnya pengusaha hotel berikutan pandemik COVID-19.

Menurut MOTAC, kerajaan telah melaksanakan langkah terbaik untuk mengimbangi kelangsungan pengusaha industri pelancongan negara dan juga keselamatan serta kesihatan rakyat.

“Susulan daripada itu, kementerian telah bekerjasama dengan persatuan-persatuan pemain industri khususnya Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan memantau prestasi AOR hotel semasa pandemik COVID-19.

“Dalam usaha membantu penggiat industri pelancongan, kementerian sentiasa prihatin terhadap cabaran yang dihadapi melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan bagi menangani bersama cabaran yang dihadapi penggiat industri,” katanya.

Tambah MOTAC, pihaknya turut menubuhkan Tourism Recovery Action Council atau TRAC serta mengadakan beberapa sesi libat urus dengan penggiat industri bagi mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti kaedah-kaedah terbaik untuk membantu meringankan beban pihak industri.

“Cadangan-cadangan ini kemudiannnya diteliti oleh Kementerian dan dikemukakan kepada Kementerian dan Agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Tenaga Nasional Berhad dan Indah Water Konsortium untuk pertimbangan.

“Kerajaan telah melancarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi (PRE) seperti PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN dan PENJANA bagi membantu penggiat industri dan seterusnya memulihkan industri pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu, MOTAC melalui Tourism Malaysia juga sentiasa dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk industri perhotelan bagi menyemarakkan pelancongan
domestik negara.

“Di antara inisiatif yang sedang dilaksanakan merangkumi kerjasama bersama syarikat penerbangan tempatan, persatuan hotel (termasuk hotel bajet) dan zoo terpilih, manakala kerjasama bersama persatuan pelancongan, homestay, MARDI dan taman tema akan dilaksanakan sebaik situasi semasa negara mengizinkan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.