nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP 2.0 dilanjutkan dengan SOP lebih ketat

2 FEB: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) dilanjutkan dua minggu dengan prosedur operasi standard lebih ketat bagi semua negeri di Semenanjung dan Sabah dari 5 hingga 18 Februari 2021.

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sarawak kekal sebagai satu-satunya negeri berada di bawah PKP Bersyarat (PKPB) kecuali kawasan tertentu diletakkan di bawah PKP Diperketatkan (PKPD).

Menurut beliau, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan berkenaan selepas mendengar taklimat penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelaksanaan PKP 2.0 di semua negeri di seluruh Semenanjung dan Sabah yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari 2021.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau berkata, dalam talimat berkenaan, KKM mengesahkan kadar jangkitan dan kes positif di negeri Semenanjung dan Sabah masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam kluster adalah antara 20 peratus hingga 40 peratus.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kadar penularan jangkitan sporadik dalam komuniti juga tinggi sama ada membabitkan rakyat tempatan atau bukan warganegera.

“Justeru, di atas penilaian risiko dibuat dan nasihat KKM maka Sidang Khas MKN hari ini melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara mulai 5 hingga 18 Februari 2021, kecuali di Sarawak yang kekal di bawah PKP Bersyarat (PKPB) dan kawasan diisytihatkan sebagai PKP Diperketatkan (PKPD).

“Walau bagaimanapun, PKP 2.0 ini berbeza dengan PKP 1.0 yang pernah dilaksanakan di Malaysia pada tahun lalu, di mana kita mengarahkan ‘total lockdown’ dan orang hanya diwajibkan duduk di rumah sahaja.

“Semasa PKP 1.0 boleh dikatakan semua sektor ekonomi ditutup tetapi kali ini kita lihat terdapat kelonggaran untuk sektor ekonomi dan peniagaan terutamanya membabitkan mikro, peniaga kecil-kecilan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, SOP mengenai pelanjutan PKP 2.0 akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya yang memaklumkan antara SOP lain termasuk mengekalkan larangan rentas negeri dan aktiviti sosial.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga sedang meneliti permohonan bagi membuka lebih banyak sektor ekonomi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bersandarkan penilaian risiko oleh KKM.

“MKN sudah telah menerima banyak permohonan daripada operator serta pemilik premis perniagaan untuk beroperasi ketika PKP. Semua permohonan berkenaan akan diteliti oleh KKM, kementerian dan agensi berkaitan, sebelum sebarang kelulusan diberikan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Ramai yang memohon, termasuk kedai cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun, justeru kita tidak akan tolak begitu saja. Semua permohonan itu akan diteliti dengan mendapatkan pandangan KKM dari segi penilaian risiko. Jika KKM berpandangan mereka boleh beroperasi, kita akan benarkan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Pejabat Peguam Negara (AG) sedang menyediakan draf untuk menaikkan nilai kompaun dan denda kepada mereka yang gagal mematuhi SOP PKP.

Beliau memberitahu, perkara itu adalah antara intipati rang undang-undang yang bakal dimasukkan di bawah pindaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Saya difahamkan, Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda di mahkamah jika seseorang individu disabit bersalah.

“Insya-Allah, jika diluluskan, kita akan umumkan, sama ada oleh saya atau Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Mungkin menteri undang-undang akan umum sebab ini ada kaitan dengan hal ehwal darurat, jadi kita tunggu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengumumkan SOP bagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat selepas membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara.

“Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perpaduan Negara dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang mengenai SOP Tahun Baharu Cina. Kalau sebelum ini kita terpaksa pertimbang perbezaan SOP kerana mengambil kira peralihan pendekatan daripada PKP kepada PKPB.

“Bagaimanapun, sekarang PKP sudah dilanjutkan sehingga 18 Februari, maka perintah sama akan berkuat kuasa ketika Tahun Baharu Cina pada 13 Februari ini. Bila SOP siap nanti, kita akan umumkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 680 individu semalam kerana ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 630 orang telah dikompaun, 49 individu direman manakala seorang dijamin.

“Antara kesalahan utama termasuklah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (140); tidak memakai pelitup muka (139); tiada penjarakan fizikal (136); gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (80); premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (30) dan lain-lain (155),” jelasnya.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong dan merampas enam kenderaan darat dalam Op Benteng di seluruh negara, semalam.

Dalam operasi itu, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa juga mengesan 103 buah bot/kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan, semalam. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.