nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,000 terjejas hilang pendapatan susulan PKP di Sibu

3 FEB : Lebih 1,000 orang di Bahagian Sibu terjejas kehidupan mereka selepas hilang pekerjaan berikutan penutupan tempat kerja mereka susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian itu sejak 16 Jan lepas.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata, golongan ini amat memerlukan bantuan makanan selepas hilang punca mata pencarian.

“Mereka ini terdiri daripada penduduk dari luar bandar yang bekerja sebagai buruh am, tukang masak dan pembantu di kedai kopi, restoran dan bistro, pembantu di salun rambut, juruelektrik dan pengimpal, pemandu lori dan atendan, pembantu kedai, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

“SDNU telah menyerahkan nama mereka melalui cawangan SDNU Sibu untuk memohon bantuan makanan tersebut namun ramai yang mengadu mereka belum menerima bantuan makanan di bawah program ‘Sarawakku Sayang’.

“Kami menerima permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan makanan melalui WhatsApp dan sehingga kini, kami telah menyerahkan lebih 1,000 nama kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu melalui Pejabat Daerah Sìbu untuk menyelaras pengagihan bakul makanan tersebut.

“Dan nama-nama mereka yang memerlukan bantuan makanan masih lagi kami terima,” ujarnya menerusi satu hari ini.

Chambai berkata, beliau mempercayai situasi tersebut benar dan mereka kini tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk keluarga dan mereka amat memerlukan makanan dengan segera.

“Terdapat 11 hari lagi PKP 2.0 di Sìbu. Sekiranya mereka tidak menerima bantuan makanan dengan segera, keadaan mereka akan bertambah teruk. Simpanan mereka, jika ada, akan kering. Dan jika itu berlaku, ramai yang akan kelaparan.

“Begitu juga dengan penduduk luar bandar di Sìbu Jaya yang berada dalam situasi sama kerana ramai antara mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana hendak mendapatkan bantuan,” jelasnya.

Katanya lagi, situasi yang dihadapi penduduk luar bandar yang tinggal di bandar Sìbu itu sememangnya membimbangkan. Ramai daripada mereka mahu pulang ke rumah panjang masing-masing tetapi di bawah PKP, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Harapan mereka kini terletak pada jawatankuasa bencana. Lebih awal bantuan makanan diberikan kepada mereka, lebih baik,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.