nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 lokaliti baharu PKPD di Terengganu, Perak

3 FEB: Empat lokaliti baharu dikenakan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula esok, masing-masing dua di Terengganu dan selebihnya di Perak.

Di Terengganu dua lokasi itu membabitkan kawasan Kuala Berang, Hulu Terengganu iaitu di Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang.

Di Perak pula, ia membabitkan Felda Lasah serta Kampung Besi Api, Kuala Kangsar, Perak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Felda Tersat, Kuala Berang, diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 45 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan tersebut.

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Sehingga 1 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu mulai 4 Februari sehingga 17 Februari 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau memaklumkan, PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di felda tersebut.

Mengenai Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang pula, Ismail Sabri memberitahu PKPD diputuskan selepas KKM melaporkan peningkatan jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan komuniti di kawasan itu.

Katanya, sehingga kini, KKM melaksanakan 386 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 62 kes positif COVID-19 direkodkan dalam kalangan pekerja kuarters terbabit.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal penularan COVID-19 dan saringan secara bersasar dapat dilaksanakan serta mengawal jangkitan dalam komuniti di lokaliti tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata untuk FELDA Lasah dan Kampung Besi Api, Kuala Kangsar, Perak sehingga 31 Januari lalu, KKM melaksanakan 71 ujian saringan dan sebanyak 35 kes positif COVID-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Felda Lasah dan Kg Besi Api, Kuala Kangsar, Perak mulai 4 Februari (esok) sehingga 17 Februari 2021,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.