nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berhenti tohmah Agong tentang Proklamasi Darurat

4 FEB: Semua pihak perlu berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memperkenankan Proklamasi Darurat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selepas Seri Paduka berpuas hati bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

Menurut beliau, Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka adalah bertujuan untuk memberikan bidang kuasa tertentu kepada kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

“Tindakan-tindakan serta-merta sedang diambil oleh kerajaan di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa.

“Proklamasi Darurat oleh Seri Paduka tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan COVID-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan penjelasan terkini mengenai pelaksanaan Proklamasi Darurat dan pemasyhuran Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik COVID-19 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.

Perdana Menteri menambah, walaupun ada segelintir pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, beliau percaya bahawa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara amat memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara.

“Sebagai ketua kerajaan, saya juga sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara kita yang berpaksikan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan wabak COVID-19 telah reda dan pilihan raya umum adalah selamat untuk diadakan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menyeru semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.