nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tubuh RCI siasat Tommy Thomas – Pemuda UMNO

5 FEB: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku dan isu-isu yang dibangkitkan di dalam buku My Story: Justice in the Wilderness’. hasil penulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini penting bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak sesekali terhakis terhadap badan-badan yang terlibat dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang negara seperti Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan SPRM. 

“Malah yang lebih mustahak adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Sistem Keadilan dan Perundangan Negara secara keseluruhannya 

“Ini bagi memastikan agar tiada pihak yang teraniaya dan menjadi mangsa kepada permainan politik pihak berkepentingan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

Justeru, Asyraf Wajdi memberitahu pihaknya menyenaraikan tujuh asas kewajaran agar RCI perlu ditubuhkan bagi melakukan siasatan berhubung perkara itu

Beliau berkata, asas pertama adalah penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim di mana, Thomas mengakui terlibat di dalam mempengaruhi pemilihan dan penetapan Hakim-Hakim Kanan termasuklah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak, serta Hakim Mahkamah Persekutuan melalui beberapa siri perbincangan beliau bersama Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan Ahli Suruhanjaya Perlantikan Hakim.

Tambahnya, ini jelas melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Akta 695) 2009.

“Berikutan pendedahan Tommy Thomas juga, siasatan RCI juga harus termasuk dengan dakwaan salah laku kehakiman yang terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer pada tahun 2019 selain campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan pengadilan. 

“Pendedahan Tommy Thomas juga menzahirkan wujudnya campur tangan yang jelas Perdana Menteri Ke-7 Tun Mahathir Mohamed ke dalam badan pengadilan dan kehakiman yang jelas bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

Sementara itu, bagi asas seterusnya adalah disebabkan Thomas melakukan pendakwaan terpilih secara tidak adil, apabila beliau bertindak menggugurkan pendakwaan bahkan menarik balik kes yang sedang dibicarakan melibatkan kes rasuah Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui mereka mempunyai kes terhadap pemimimpin tertinggi DAP itu. 

“Ini tidak termasuk sejumlah besar kes-kes lain yang ditarik balik melibatkan pimpinan PH seperti R. Sivarasa, Rafizi Ramli, N. Surendran, Thomas Su Keong Siong, Hassan Karim dan ramai lagi.  

“Thomas juga bertindak menghentikan prosiding undang-undang ke atas 12 individu termasuk 2 pimpinan DAP yang didakwa menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) walaupun pihak PDRM mempunyai kes terhadap mereka,” katanya. 

Selain itu, Asyraf berkata, faktor pelanggaran sumpah kerahsiaan jawatan dan Akta Rahsia Rasmi (Akta 88) 1972 oleh Tommy dengan mendedahkan kepada umum di dalam bukunya mengenai isi kandungan perbincangan dan konsultasi beliau selaku Peguam Negara bersama Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong yang diklasifikasikan sebagai sulit juga wajar disiasat. 

“Tommy Thomas melanggar Sumpah Kerahsiaan Jawatan dan Akta Rahsia Rasmi (Akta 88) 1972 dengan mendedahkan kepada umum di dalam bukunya mengenai isi kandungan perbincangan dan konsultasi beliau selaku Peguam Negara bersama Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang diklasifikasikan sebagai sulit.

“Thomas mengakui bahawa beliau ‘melobi’ jawatan Peguam Negara sejak dari sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013. Beliau juga mengakui telah mendapatkan sokongan mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi jawatan ini dan memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir selepas kemenangan PRU – 14 pada tahun 2018. 

“Beliau juga secara langsung ataupun tidak menzahirkan kecenderungan politik beliau hingga mencairkan prinsip keadilan dalam melakukan pendakwaan terpilih bersifat politik terhadap pemimpin-pemimpin yang berbeza ideologi politik dengan beliau,” katanya. 

Beliau berkata, tindakan Tommy memperlekeh dan mendakwa pegawai-pegawai undang-undang yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai terlalu birokratik, makan gaji, dan tidak mempunyai komitmen, kompetensi dan semangat dalam melaksanakan tanggungjawab juga dilihat amat serius dan mampu memberi impak negatif daripada kaca mata rakyat terhadap badan perundangan negara yang seharusnya menjadi benteng keadilan buat mereka.

Tegas Asyraf, berdasarkan semua asas itu penubuhan RCI perlu disegerakan dan yang lebih mustahak siasatan yang akan dijalankan nanti mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dan perundangan negara secara keseluruhannya agar tiada pihak yang teraniaya dan menjadi mangsa kepada politik pihak berkepentingan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.