nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cerca PM ketika wakili negara perbuatan biadap, keterlaluan

8 FEB :  Ketua Badan Pimpinan Negeri, Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya menyifatkan tindakan pihak yang dipercayai cybertrooper mencerca Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook Presiden Indonesia, satu perbuatan biadap.

Menurut beliau, perbuatan mencerca  Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sedang bertugas mewakili negara bertemu Presiden negara luar, adalah satu perbuatan yang keterlaluan dan tidak patut dimaafkan.

“Perbezaan parti politik bukan alat untuk menghalalkan perbuatan seperti itu lebih-lebih lagi terhadap kepimpinan negara.

“Negara kini sedang bergelut dengan pendemik Covid-19 dan di dalam usaha pihak kerajaan berusaha mengukuhkan ekonomi negara, tikam menikam sesama bangsa nampaknya tidak pernah reda.

“Ada pihak yang secara berterusan berusaha mencetuskan suasana tidak harmoni dan terus mengambil kesempatan dengan “lempar batu sembunyi tangan.

“Kebebasan ekspresi diri bukanlah satu kebebasan mutlak lebih-lebih lagi apabila mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata nista,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Suhaimi berkata, apa yang dilakukan oleh pihak terbabit sememangnya melampau dan  mencemar imej rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi.

“Saya merasakan serangan yang dibuat di laman sosial itu dilakukan oleh pihak-pihak yang secara berterusan memberi tekanan kepada Perdana Menteri dan kali ini ia dilakukan dengan tujuan mahu memalukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pihak luar.

“Mengapa mereka sanggup malukan pemimpin negara mereka sendiri. Sepatutnya dalam keadaan sukar ketika negara berdepan pandemik Covid-19, semua pihak harus memberi sokongan kepada pemimpin dan bukannya bertindak menghina seperti itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sikap yang ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sememangnya tidak boleh diterima dan harus dikecam kerana ia menampakkan gambaran yang tidak elok pada pandangan orang luar.

Beliau seterusnya berharap “tangan-tangan ghaib” dan “api dalam sekam” ini diambil tindakan segera agar tidak terus menerus merosakkan imej negara bangsa serta cubaan menjatuhkan pemimpin negara dengan cara yang keji.

“Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit kerana telah menghina pemimpin negara secara terbuka.

“Perkara sebegini tidak patut berulang dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan, tegasnya.

“Dalam hal ini pelaku wajar dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatannya agar ia dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada diri pelaku itu, sebaliknya turut memberi pengajaran kepada pihak lain,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.