nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TTPM belum terima kes barang dicampak pekerja J&T

9 FEB: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di negeri itu masih belum menerima sebarang kes yang difailkan pengguna berkaitan isu melibatkan syarikat kurier.

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, pengguna juga boleh membuat tuntutan di mana-mana pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di negeri itu.

Namun, beliau menasihatkan agar para pengguna untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pihak syarikat kurier terbabit dan mengemukakan tuntutan di TTPM jika masih tiada jalan penyelesaian.

Abdul Yunus Jamhari
ABDUL YUNUS JAMHARI

“Tuntutan di TTPM merupakan penyelesaian terakhir. Jadi, pengguna boleh hadir ke pejabat KPDNHEP di Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau di cawangan-cawangan untuk failkan tuntutan.

“Setakat ini, pihak TTPM Perak belum menerima sebarang tuntutan berkaitan isu ini. Mungkin mereka sedang menyelesaikan kes di peringkat syarikat terbabit,” katanya kepada media selepas Sesi Walkabout dan pemantauan sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2021 di Pasar Besar Ipoh, Perak, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video, baru-baru ini, pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Bagaimanapun, selepas rakaman video kakitangan sebuah syarikat kurier mencampakkan barangan pelanggan tular sejak kelmarin, J&T Express, semalam tampil meminta maaf.

Syarikat kurier itu turut menafikan dakwaan bahawa segelintir pekerjanya mogok kerana membantah polisi komisen yang baharu dan segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.

Sementara itu, Penolong Setiausaha TTPM Perak, Wardina Md Shahid berkata, jika pengguna datang kepada TTPM, mereka hanya memperoleh tuntutan bayaran kos perkhidmatan penghantaran barangan sahaja.

Tambah beliau, TTPM adalah jalan terakhir sekiranya pihak penjual dan kurier tidak menemui jalan penyelesaian kerana kontrak melibatkan penjual dan kurier, manakala pengguna hanya menggunakan perkhidmatan kurier tersebut.

“Untuk tuntutan barang, kita nasihatkan mereka selesaikan di mahkamah tuntutan kecil sekiranya barang tidak melebihi RM5,000. Mereka boleh failkan ke mahkamah majistret yang ada perkhidmatan untuk tuntutan kecil di situ.

“Bagaimanapun pihak penjual boleh mengemukakan tuntutan di TTPM dengan menamakan syarikat kurier sebagai pihak penentangnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.