nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Negara dijangka capai imuniti kelompok selepas Mac

16 FEB: Malaysia dijangka mencapai imuniti kelompok selepas Mac 2021 apabila lebih 80 peratus atau 26.5 juta rakyat di negara ini menerima suntikan vaksin secara percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.  

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,  berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa iaitu Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.

Katanya, fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 membabitkan kumpulan berisiko tinggi, manakala fasa ketiga akan melibatkan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula  Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

Beliau berkata program imunisasi itu untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik tersebut.

Muhyiddin turut memaklumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021.

Selanjutnya, roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari 2021, di mana saya sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.

“Apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, impak positif akan mula kita rasai. Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan.

“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Putrajaya, pagi tadi.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Berikutan itu, Muhyiddin menggesa rakyat Malaysia diminta segera mendaftarkan diri untuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila tiba masanya bagi melindungi diri, keluarga, rakan sekerja, jiran dan komuniti secara keseluruhanya.

Muhyiddin berkata tindakan berkenaan adalah penting untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik tersebut.

Tegasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga yang tersayang – iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

“Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua. Pada masa yang sama, saya juga dengan sukacitanya ingin melancarkan laman web www.VaksinCovid.gov.my di mana Buku Panduan Program Imunisasi ini boleh dimuat turun.

“Kita jangan ambil mudah perkara ini. Apabila tiba masanya, jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Pastikan kita hadir pada waktu yang ditetapkan, untuk dos pertama dan juga dos kedua, kerana apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang yang disayangi,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan pelancaran buku berkenaan adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di Malaysia.

Perdana Menteri berkata buku berkenaan diterbitkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi dan dokumen berkenaan bukan sahaja menjadi rujukan kepada para pembuat dasar dan pelaksana, tetapi juga untuk rujukan masyarakat.- Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.